Sofea Airis mengeluh kasar. Dilempar fail ke atas meja. Fikirannya kusut. Jiwanya berserabut! Serasanya sejak dia mula berkawan dengan Haikal Daniel, bermacam masalah timbul. Baru beberapa hari yang lepas, dia diganggu oleh bekas kekasih Haikal Daniel. Hari ini, kakak kepada bekas kekasih temannya itu pula buat kacau di tempat kerjanya. Malu jangan cakaplah! Seolah dia telah merosakkan hubungan cinta sejati antara Romeo dan Juliet. Adoii! Dia tepuk dahi. Terngiang di telinga kata-kata kesat dilemparkan sebentar tadi.
"Airis?"
Bahunya ditolak kasar. Dia terkedu. Makhluk apakah ini? Tanpa salam dan senyuman dia disapa bagitu. Dia hanya mengangguk.
"Betina tak tahu malu! Berani kau ehhh... rosakkan hubungan adik aku!"
Adik mana pulak ni? Hubungan siapa pulak ni? Dia masih kebingungan.
"Kau jangan buat-buat blur kat sini ehh, kalau dah buat salah tu, mengaku jelah... Sofea Airis! Ehh makin lama aku pandang muka kau, semakin meluat pulak aku"
"Dah habis marah ke sis?" Sofea Airis pandang sekeliling kantin. Masih tidak ramai cikgu yang masuk ke situ. Namun, dia perasan sudah ada dua tiga orang berbisik sesama mereka... ahh,lantaklah!
"Kau tahu tak, sebabkan kau... adik aku masuk hospital? Adik aku... kekasih Haikal Daniel, malam tadi cuba kelar tangan dia!"
Lahhhh... ni kakak Melati ke? Baru otak dia boleh berfungsi. Yela, datang dengan tiba-tiba dan menyerangnya dengan sebegitu. Dia ingat aku ni komputer ke? Save semua benda?
"Melati adik awak? Awak kakak Melati... patutlah..." Sofea Airis senyum sinis.
"Patutlah apa?!"
Balkis menjerit. Benci sungguh dia melihat tingkah perempuan di hadapannya itu. Dahlah perampas! Tapi boleh buat lagak biasa seolah tidak berlaku apa-apa. Dasar perempuan murahan! Spesis perampas ni sama je di mana-mana. Dah buat silap tak akan mengaku.
"Adik kakak sama je... sama BODOH!"
Ayat bodoh sengaja dia tekankan. Berubah riak wajah Balqis mendengar ayat yang keluar daripada mulut Sofea Airis. Kurang ajar! Tanpa sedar, ringan sahaja tangannya diangkat untuk menampar pipi mulus putih wanita di hadapnnya itu. Namun, belum sempat tangan itu mendarat ke muka, Sofea Airis dengan cepat menghalang. Dipegang kejap tangan Balqis.
"Awak tahu tak sebab apa saya cakap Melati bodoh? Sebab adik awak tu cuba bunuh diri kerana lelaki. Yang kedua, awak join sekali jadi bodoh sebab datang serang saya membabi buta macam ni. Kita orang melayu kan, kita orang Islam kan? Kenapa tak follow je apa mak ayah kita amalkan kalau betul kita ni buta mata hati untuk mendalami apa itu adab dan agama"
"Kau bercakap pandai kan... Sebab tu si Haikal tu mudah cair dengan kau! Aku tak kira, aku nak kau putuskan hubungan kau dengan Haikal, sekarang jugak!"
Walaupun intonasi suara Balqis semakin rendah daripada tadi tetapi ayat yang dilemparkan tetap menghiris hati. Mungkis Balqis beranggapan dia wanita lemah gemalai, persis wanita melayu terakhir... diherdik, dimaki terus berlutut menyembah kaki. Sorry sis! Ini Sofea Airis... Kasar di luar, kasar juga di dalam...
"Sekejap..."
Dia meraba poket dress yang dipakai untuk mencari talefon Samsung Galaxy A51 miliknya. Dicapai dan dengan laju dia mencari nombor talefon Haikal Daniel. Tak perlu tunggu lama, lelaki itu memang sejenis talefon melekat kat tangan!
"Haikal, lepasni jangan contact saya lagi...jangan ganggu saya lagi. Lagi satu, kalau awak free...tolong call kakak ipar tak jadi awak ni, dan tanya dia kat hospital mana adik dia yang cuba bunuh diri semalam dapat rawatan"
Talian dimatikan.
"Puas hati?"
"Arghhhh...!! kau! Kau ingat ye, kalau aku tahu Haikal masih berhubungan dengan kau, kau tahulah nasib kau nanti. Betina sundal!"
Sofea Airis meraup wajahnya. Dia beristifar dalam hati. Terbang melayang peristiwa di kantin sekejap tadi. Dia memandang sepi nasi berlauk yang sempat dIbungkus. Tangannya beralih pada skrin talefon yang gelap. Malas dia mahu menekan butang 'on'. Biarlah talefon itu sunyi sepi seketika. Sesunyi dan sesepi hatinya tika ini.
"Airis..."
Mejanya diketuk. Dia berpaling. Syahida memberi isyarat mata kepadanya untuk melihat ke arah satu sudut. Dengan cepat dia menghalakan pandangan mata ke situ. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat susuk tubuh Haikal Daniel di situ. Dia mendengus kasar. Laju sahaja langkah kaki dihalakan ke situ. Jika tidak kerana keadaan dia dan Haikal Daniel di dalam bilik guru, mahu sahaja dia menjerit sekuat hati nama pemuda itu. Mahu dilepaskan segala rasa amarah dan kecewa yang berbuku di hati sejak tadi.
"Nak apa? Tak faham apa yang saya sampaikan dalam fhone tadi? Atau telinga awak dah tak berfungsi?"
Marah? Ya, dia sangat marah!
Lengannya ditarik kasar. Dia terseret ke luar bilik guru. Setelah agak jauh daripada bilik guru, Haikal Daniel melepaskan tangannya. Pasti esok pasti ada gossip lagi tentang dirinya. Kisah di kantin sekolah belum habis bercerita, ditambah pulak dengan cerita baru! Huh! Popular aku lepas ni...
"Awak dah gila ke?"
Haikal Daniel memanjang tajam wajah cantik di hadapannya itu. Kalau boleh mahu ditelan hidup-hidup!
"Kalau saya ni gila, ada masalah kesihatan... awak rasa saya layak ke jadi cikgu kat sekolah ni? Soalan ntah apa-apa... Dahlah, saya nak rehat. Saya belum makan, kejap lagi saya kena masuk kelas... mengajar! Saya cikgu dan saya tak gila!"
Sofea Airis juga membeliakkan mata. Huh! Ingat dia je boleh marah-marah?
"Apa maksud awak tadi?"
Haikal Daniel memperlahan suara. Dia tahu, berlawan kata dengan Sofea Airis tidak akan membawa kemenangan kepadanya. Gadis itu terlalu degil. Tetapi sikap yang ada itu juga menyebakan hatinya tertawan.
"Kita berpisah"
Dua ayat tu diharapkan dapat menjelaskan apa yang tersurat. Dia sudah malas mahu memanjangkan cerita. Telinganya juga sudah tidak larat mahu mendengar kata makian dan hinaan. Dia risau, andai benteng ketahanan yang menjadi kekuatan dirinya selama ini akan jatuh rebah. Tersungkur.
"Berpisah?"
Haikal Daniel mengulang.
"Saya dah letih Haikal... haritu, Melati datang marah-marah saya, hina saya. Hari ni kakak Melati yang datang. Saya rasa esok lusa mesti mak Melati dan nenek Melati pulak datang serang saya. Apa, awak ingat saya ni patung yang tak ada perasaan ke?"
"Saya akan handle pasal diaorg tu..."
"Dahla Haikal, kalau awak dapat handle perkara ni... Melati tak akan cuba bunuh diri dan kakak dia tak akan datang serang saya. Awak tahu tak Haikal? Sejak saya kenal awak, macam-macam yang jadi kat saya. Hidup saya dah tak aman!"
Sofea Airis menunduk. Serasa empangan air mata bila-bila masa sahaja akan pecah. Tidak! Aku tak boleh menangis... aku kuat!
"Airis! Awak ingat saya nak ke semua ni jadi? Saya dah berpisah dengan Melati setahun yang lepas. Setahun Airis... dan itu bukan salah saya! Dia yang curang dengan lelaki lain depan mata saya. Apa salah saya Airis, kalau dia tiba-tiba datang menganggu awak dan saya. Itu di luar kawalan saya"
"Disebabkan awak tak boleh mengawal semua ni, saya cadangkan kita berpisah! Semua akan normal. Saya tak mintak awak kembali pada Melati. Saya cuma mintak kita berpisah, saya dah letih, dah tak larat"
"Awak boleh mintak semua ni Airis...boleh, tapi bukan sekarang. Bukan haya lagi sebulan majlis kahwin kita!"
Haikal Daniel berlalu pergi.
Sofea Airis terkaku di situ. Hanya memandang langkah kaki Haikal Daniel yang makin menjauh pergi...
YOU ARE READING
BUKAN PILIHAN DIA
RomantikSofea Airis, wanita yang tegas dan matang dalam menentukan kehidupannya. Takdir tuhan, dia dipertemukan dengan Haikal Daniel dan saling jatuh cinta walaupun dia tahu sejarah silam Haikal Daniel. Mereka berkahwin tanpa Sofea Airis sedari bahawa dia b...