9

5 0 0
                                    


Di dalam kereta, tiada satu bunyi pun keluar daripada mulut masing-masing mungkin kerana dek kejutan atau sebaliknya. ' Ha... kalau aku ni yang diam je tak pe la juga... dah tu kenapa masing-masing nak diam jugak?' cakap aku dalam hati. Aku menungkan kepala melihat suasana di luar kereta. Aku yakin yang semua bukan hanya kayalan sebabnya tadi aku dah tampar pipi aku dan aku rasa menyesal gila....

Sejam yang lalu

"Eomma tak main-mainkan?" aku ambik tangan eomma untuk memastikan lagi. "Ada ke patut kata eomma main-main dengan kamu. Iye sayang. Kamu anak Ga-on adik Sunghoon" kata eomma smbil usap lembut tangan aku. Aku..... dalam...... keadaan..... yang....tak tahu.... nak buat .....apa.... Sunghoon dengan selambanya melambai-lambai tanganya ke depan aku sebabnya tengok aku dah kaku. " Hey... okay tak?" tanya Sunghoon dengan risau. Aku jeling dia dengan pandangan yang menusuk tajam. "Tengok orang sekarang okay ke tak?" tanya lagi. "Saeri....." eomma sedarkan aku dengan memegang tangan aku. "Jangan risau, mereka semua adalah keluarga kamu. Keluarga sebenar kamu yang dah lama kamu cari dan jawapannya adalah depan mata kamu sendiri..." ucap eomma sambil senyum. "Saeri takkan lupakan eomma...." Aku menangis lepas eomma cakap macam tu....

"Tak puas lagi ke tenung luar tu? Tak bosan ke?" aduh kacau je mamat ni. Baru nak angan-angan jap pun tak leh. "Tak la... seronok sangat daripada layan dia...." Saja aku cakap macam tu. Biar diam sikit. Oh, aku baru ingat tadi ada eomma panggil dia sebelum balik apa agak-agak eomma cakap dengan dia... jangan-jangan perangai aku.... Ala eomma..... "Ehem... tadi eomma ada cakap dengan kau kan? Dia cakap apa?" tanya aku nak tahu. Sunghoon pandang aku dengan muka blur dan lepas tu dia senyum dan cakap " Eomma cakap dengan aku pasal......" "Pasal apa?" lama sangat la dia ni. Saja.... "pasal.........." Lagi lah aku nak tahu... "ada lah" ....tu je...... okay, aku dah bersedia nak cekik dia sekarang ni. "wowowo... sabar-sabar kau nak bunuh aku ke dalam kereta ni?!" marah Sunghoon sebab aku dah kedepan dia nak cekik dia. "Haah! Aku nak bunuh kau! Kalau tak nak bagitahu cakap aje la!!!!!" aku dah naik baran. Buang masa aku je baik dengan dia ni.. hish... sunghoon dah gelak macam tak ingat dunia...

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Sunghoon memandang adiknya yang telah tidur dek sebab dah bosan layan abang dia. Sunghoon hanya geleng kepala sambil tersenyum. Siapa sangka adiknya yang hilang selama 18 tahun sudah ditemui dan perangainya memang tidak boleh diduga. Sunghoon teringat akan pertanyaan adiknya tadi. ' biarlah aku saja yang tahu... belum tiba masanya lagi untuk kau....' Sambil membuka kotnya dan menyelimutkan adiknya....

A NEW LIFEWhere stories live. Discover now