Awan. Satu perkataan yang mudah disebut dan mudah kamu lihat di langit tapi tidak pernah kamu berfikir bertapa awan itu mampu mencerminkan luruhnya hatimu.
Hatimu yang penat dan sakit kerana telah terlalu banyak memendam perit akan menitiskan air mata apabila jiwa telah tenat memujuk diri sendiri dengan perkataan "aku baik baik saja", lagaknya awan yang penat menampung wap air sehingga terpaksa menjatuhkan air yang dikandungnya ke bumi.
Perasan kah kamu, awan si penampung air yang banyak kelihatan pilu, gelap dan sepi. Begitu juga hatimu yang telah banyak menanggung kesakitan akan melahirkan kesedihan membuak di dalam dadamu hingga senyuman yang kamu ukirkan tidak seindah dahulu?
Sayang, nanti akan ada cahaya matahari bersinar semula setelah redup kesedihan mula menghilang.
Sayang, nanti akan ada pelangi menjelma setelah kegelapan menimpa hidupmu.
Percayalah, akan ada kebahagiaan untukmu cuma belum masa yang tepat untuk kamu.Tidak apa untuk mengukir senyuman walau tidak seikhlas dulu, pentingnya kamu cuba terbaik kerana mencuba itu sifatnya insan yang berjuang.
Semoga perjuangan hatimu bertemu kemenangan melalui nilai kebahagiaan yang ditafsirkan olehmu.
- husna 2020
