The sparks

160 1 0
                                    

SOFEA'S POV

"Akhirnya!!!! " Sofea menghembuskan nafas kelegaan bercampur kepenatan selepas berjaya menjejaki puncak Gunung Angsi. Dia melihat pemandangan yang luas nan terbentang dengan penuh kepuasan, sebagai penghargaan kepada diri sendiri, juga sebagai langkah untuk self-love. 'Tak sia-sia aku bagi seat dinner aku free kat orang lain' getus hati Sofea.

Sofea mencari tempat teduhan untuk merehatkan badan, tapi yang dijumpai cuma pondok yang sudah dipenuhi dengan peserta lelaki. 'Ahhh gasak lahhh janji aku dapat baring' bisik hati Sofea. Tanpa membuang masa, dia meluru ke pondok, " Nikki galih Nikki aku penat, " katanya pada Nik, satu-satu rakannya yang menyertai hiking trip bersamanya.

" Ehhh kau nii eaaa tak padan ngan dengan perempuan, suka hati jer kau mencelah kat sini" Bebel Nik.

Sofea tersengih, " Alaaaa aku penat lahh,  dahlah pondok satu, haaa pastu korang laki ni conquer sume tempat, memang tak lah aku nak beralah hehehehe, " jawab Sofea.

"Weeyh aku haus, " luah salah seorang peserta lelaki membuatkan Sofea tergelak.

"Haah lah Nikki, kau ada air tak? " tanya Sofea. Kemudiannya, Nik mengeluarkan sebotol air 100 plus, Sofea menjerit teruja. "Nik! Kau memang kawan dunia akhirat aku Nikki. Padan lah aku tengok kau handsome harini. " seloroh Sofea.

" Ah kau mengada. Aku memang handsome. " jawab Nik, bangga. Sedang sibuk menuang air kedalam botol sendiri, Sofea disapa,

"After sis" kata lelaki itu, 'After? Budak asrama jugak ke dulu? ' bisik hati Sofea lalu dia menoleh ke arah lelaki di sebelahnya, tersenyum.

And without her acknowledge, her heart starting to sparks.

..............................

BARIQUE'S POV

" Penatnya.. Nasib jer sampai. " ujar Barique sambil merebahkan diri di pondok puncak itu.
" Amacam? Seronok kan hiking ni? Sekali sekali release tension kan best " kata Khairul, teman baik Barique. Barique hanya tersenyum dan cuba untuk melelapkan mata sambil meredakan kepenatan.
Tiba-tiba dia terkejut apabila ada peserta perempuan terus baring disebelah nya dan terus berseloroh dengan temannya.
'Dahsyat lah perempuan ni. ' hanya itu yang hatinya mampu bisikkan.

Seketika kemudian, perempuan itu menjerit kesukaan apabila mendapat minuman dari temannya. Dia juga berasa haus kemudian menghulurkan botol milikny dan berkata , " After sis. "

Saat perempuan itu menoleh kearahnya, dia terpana dengan mata insan di depannya. 'Oh God her eyes is beautiful' bisik hatinya lantas tersenyum.

And he realized that his heart began to sparks again.

Be My PrisonerWhere stories live. Discover now