The story began.

103 1 0
                                    

Sepanjang perjalanan naik dan turun Bukit Senaling itu, Sofea sentiasa berjalan beriringan bersama Barique. Rakan-rakannya tidak mengesyaki apa-apa dek kerana mereka sudah mengenali sifat Sofea yang mudah mesra dengan orang baru atau dalam bahasa mudah, dia seorang yang extrovert. Dia juga berasa senang dengan situasi itu lebih-lebih apabila mengenangkan kenangan ciuman pertamanya yang hangat itu. Selepas ciuman pertama,  mereka itu, pantang sahaja mereka mempunyai peluang, Barique pasti akan menarik Sofea kedalam pelukannya mencium bibir nipis gadis itu. Dia menjadi ketagih dengan bibir Sofea. Seperti biasa, Sofea lah yang akan menamatkan ciuman itu terlebih dahulu kerana bimbang dengan keadaan sekeliling. Perjalanan menuruni Bukit Senaling mengambil masa yang lebih singkat kerana mereka sudah mengenali trek yang dilalui memudahkan mereka semasa perjalanan pulang.

Setelah mereka menamatkan sesi pendakian mereka di Bukit Senaling, mereka meneruskan perjalanan mereka ke Gua Batu Maloi sebagai destinasi terakhir mereka pada trip mereka kali ini. Apabila sampai di gua tersebut, para peserta diberikan taklimat sebelum memulakan penerokaan Gua Batu Maloi itu. Sepanjang penerokaan itu, Gua Batu Maloi tu mempunyai 8 perhentian yang perlu dilepasi dengan pelbagai cara, menyelam, menyusur, merangkak, memanjat dan bermacam lagi. Sofea sendiri terkandas dalam perhentian kelima apabila jatuh kedalam jatuh diantara batu-batu yang besar membuatkan dirinya tersepit. Mujur sahaja dia boleh keluar dari situ. Keadaan permukaan batu-batu yang berpasir itu menyukarkan lagi penerokaan mereka tapi sungguh mencabar para peserta untuk menghabiskan perjalanan mereka. Sempat juga Sofea teringat akan Barique, namun mereka sudah terpisah jauh dan dia mula berasa rindu untuk berada dekat dengan jejaka itu, dalam pelukannya. Tambahan pula dirinya yang kesejukan itu merindukan kehangatan tubuh Barique yang agak sasa itu.  'Ni kalau kena peluk ni syok habis ni' ujar hati Sofea. Aduh, nakal sungguh hatinya. Dia tergelak kecil seorang diri, mujur tiada siapa perasan.

Penerokaan Gua Batu Maloi yang mengambil masa 3 jam itu sudah sampai ke penghujungnya. Sungguh memenatkan, namun pada Sofea aktiviti itu sangat tepat untuk menghilangkan tekanan yang ada menjadikan dirinya lebih teruja untuk mencapai salah satu impiannya iaitu menakluki semua gunung-ganang, bukit-bukau dan gua-gua di Malaysia ini. Di perhentian penamaat itu yang merupakan sebatang sungai yang cetek, Sofea mengambil peluang untuk menyegarkan diri dan menghirup air sungai itu. Ahh sungguh melegakan. Sedang dia asyik bermain air, dia dapat merasakan sepasang mata sedang khusyuk memerhatinya dan dia mengetahui empunya mata itu. Saat dia menoleh ke arah mata itu, kelihatan Barique berada berdekatan dengannya tersenyum melihat keletah Sofea. Fikiran Sofea mula menjadi nakal, mencedok sedikit air di tangannya lalu menyimbah ke muka Barique yang jelas terkejut dengan tindakannya. Sofea sudah terkekeh-kekeh ketawa melihat muka cuak Barique. Barique yang mulanya cuak mukanya disimbah secara tiba-tiba itu, hanya mampu tergelak sama melihat Sofea yang keanak-anakan itu.

Selesai sudah trip mereka selama dua hari satu malam itu, para peserta kemudiannya beransur naik ke dalam bas untuk pulang ke kolej. Sebaik sahaja Sofea merebahkan punggungnya ke tempat duduknya, bertalu-talu notifikasi whatsapp nya masuk daripada Barique.

[Cutie pie]: awakkk awakk awakkkk.
[Cutie pie]: ayanggggggg. Hehehehehe
[Cutie pie]: so cmne tadi masuk gua?  Best tak?
[Cutie pie]: penat ke tuuu?  Hihihihi
[Cutie pie]: awak awak
[Cutie pie]:saya rindu awak ni. Rindu sgt2.
[Cutie pie]: nak kiss. Nak pelukk
[Cutie pie]: nak awak kiss saya lagi boleh? Saya sukalah hihihi
[Cutie pie]: rindunya kat awakkk. Rindu nak sama2 mcm tadi hehe.
[Cutie pie]: nnti kita jumpa boleh? Awak awak awak, orang punya ni kan, asyik naik turun jer ni awak, mmm geram lah tgok awak ni hihi

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Be My PrisonerWhere stories live. Discover now