2

2.9K 20 4
                                    

2

*Bilik Farhan*

Seusai habis kelas harian Farhan kebiasaanya pada pukul 5 dan kadang-kadang habis awal. Siapa sahaja tak suka kalau kelas habis awal kerana dapat merehatkan badan di bilik. Begitu la Farhan pada petang itu santai di biliknya sambil membelek twitter, instagram, whatsapp dan diulang ulang. Farhan bukanlah seorang yang aktif bersukan atau budak sukan memandangkan course yang diambilnya pun bukan lah course yang memberikanya waktu yang banyak untuk bersukan. Sekiranya Farhan bersukan dengan aktif di petang hari, dia tidak akan mampu untuk menyiapkan tugasan pada waktu malam dek keletihan. Begitula hari petang Farhan selepas kelas sehingga terlena dengan telefonya.

Dalam keasyikan melayar mimpi, terdengar sayup-sayup suara. " Farhan, bangun dah pukul 6.30 ni, kita kena cepat nk pegi cafe". Kata Harith sambil mengejutkan Farhan yang terlelap. Farhan pun bingkas bangun dan meneguk segelas air untuk menyegarkan badanya. Setelah segar mata Farhan pun mengajak roomatenya itu untuk pergi ke cafe. "ok jom".

Jarak antara kolej dan kafe yang selalu mereka pergi lebih kurang 500 meter dan perlu merentas padang bola dan padang Jati yang menjadi tempat beriadah ramai pelajar-pelajar di univesiti terkemuka  itu di waktu petang. Pada petang itu, permainan persahabatan bola sepak diadakan.

Harith: eh aku lupa la petang ni ada friendly!

Farhan: eh seriousla kenapa aku tak tahu? Course apa lawan apa?

Sambil bersembang mereka pun duduk sebentar di tepi padang untuk menyaksikan perlawanan yang entah berapa minit berlalu,

Harith: course computer lawan course account.

Farhan hanya berdiam diri dan menumpukan matanya di padang sambil melihat satu persatu pemain bola di padang itu. Sehingga matanya terkaku kepada satu sosok tubuh yang dia kenali. Orangnya mempunyai tubuh yang sederhana, berkulit tidak terlalu cerah tidak terlalu gelap. Mereka baru sahaja berjumpa di perpustakaan beberapa hari lepas. " dia budak bola rupanya" monolog Farhan dalam hatinya. Ya pemilik tubuh itu adalah Shazwan. Farhan fokus melihat kelincahan Shazwan di padang sehingga terlupa dengan keadaan sekeliling. Tiba- tiba, dalam kesibukan Shazwan di padang, mata mereka sempat bertemu selama beberapa detik cukup membuatkan hati Farhan berdebar. Dengan spontanya, Shazwan melambai tangan ke arah Farhan namun tiada respons darinya kerana terkaku dengan tindakan itu. Wisel penamat telah pun dibunyikan lalu Harith pun mengajak Farhan ke cafe dengan segera. Memang sudah menjadi kebiasaan mereka berdua untuk makan malam pada waktu hampir maghrib kerana lauk pada waktu itu panas dan tak ramai orang di cafe. Mereka pun bergegas ke cafe untuk makan malam.

Terdapat banyak makanan yang boleh dipilih oleh pelajar di cafe antaranya nasi kukus, nasi kerabu, nasi berlauk dan untuk pencuci mulut ada Waffle!. Seperti hari-hari biasa, Farhan akan makan nasi kuah kari dan ayam bahagian dada serta sedikit sayur sebagai makan malamnya ditemani teh ais atau teh hijau. Mereka selalu duduk di meja hujung cafe.

Sedang asyik melayan makanan, Farhan terdengar sebuah suara yang dia kenali, Shazwan.

Shazwan: Hi,boleh aku duduk?

Harith: Eh Shazwan, duduk la. Good game bro tadi. Tahniah kau menang.

Shazwan: alah biasa je tu. Thanks for your wish. Eh awalnya korang makan. (Sambil duduk di kerusi sebelah Farhan)

Harith: ha ah sebab biasanya kitorang banyak kerja malam and Farhan tak suka makan kalau cafe ni ramai. Betul tak Farhan? (sambil ketawa kecil)

Farhan hanya mengangguk dan tak mampu nak keluarkan suara kerana malu. Entah mengapa dia sangat berasa malu, mukanya merah. Dia tidak mampu untuk teruskan suapan ke mulutnya.

Shazwan: eh Farhan, kau okay tak ni? Kau tercekik ke? (sedikit cemas dan menghulurkan air yang dibeli kepada Farhan)

Farhan: aku okay je.

Secara tiba-tiba abang waffle datang membawa dua keping waffle berperisa strawberry dan chocolate ke meja mereka.

Farhan: kau makan tu je ke? (setelah sedikit lega)

Shazwan: ha ah. Kau nak sikit?

Farhan kembali berdebar dan terkaku. Tanpa sebarang respon Shazwan terus menghulurkan waffle perisa chocolate pada Farhan. Ambil lah, aku tak suka chocolate.

Farhan: habistu kenapa kau order?

Shazwan: *Wink* makan jelah.

Farhan sekali lagi tediam malu lalu tertunduk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 21, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Memori Waffle 🧇Where stories live. Discover now