Bunyi deras dari iphone6s kedengaran menandakan permulaan hari Farhan sebagai seorang mahasiswa di sebuah Universiti terkemuka tanah air. "5 minutes more" berkata Farhan di dalam hatinya. Sedang asyik melayan mata, lampu pun dinyalakan lalu kedengaran pekikan. "Farhan!! Bangun weh kita dah nak lewat dah ni". Jerit Harith roomate Farhan. Jarum pendek Jam menunjukkan pada angka tujuh dan yang panjang pada angka 9 menunjukkan masa pada ukul 7:45pagi manakala Kelasnya adalah pada pukul 8. Tanpa melengahkan masa Farhan dan Harith bersiap siap dan terus ke kelas. Di dalam perjalanan ke kelas, mereka berjalan dengan laju dan berlari sehingga hampir terlanggar sekumpulan pelajar lain. Walaupun lewat 5 minit kerana jarak asrama dan kelas agak jauh, pensyarah masih belum memulakan pembelajaranya. Sedang Farhan menenangkan dirinya dan mengambil nafas, tiba-tiba notificaton whatsapp berbunyi.
"Silent please!" Tegur Sir Raja.Setelah 2 jam kelas pun tamat. Sedang asyik Farhan mengemas barang barangya, terdengar perbualan rakan sekelasnya Haziq. Weh betul ke kelas physic sir Naim cancel? Tanya Haziq kepada Harith. "Ha ah, sir mc harini". Farhan menarik nafas kelegaan memandangkan dia belum melengkapkan assignment yang diberikan kelas sebelumnya.
"Ha pastu jom la kita gerak cafe library, boleh sarapan sana" ajak Harith kepada Haziq dan Farhan. Boleh jugak aku pun lapar ni, tapi aku nak pegi toilet kejap, jumpa korang kat sana la eh. Kata Farhan. Orite! Sahut mereka. Lalu mereka bergerak ke destinasi masing2
Farhan terus ke toilet ingin menyelesaikan rutin harianya. Sememangnya Farhan menjaga kecantikan kulit muka. Setiap product mesti dibekalkan dalam bekas kecil khas supaya mudah dibawa di dalam beg. Mula dengan toner, serum,moisturiser, Dan akhir sekali sunscreen. Ok Done!. Farhan terus bergerak ke library untuk bersama rakan rakanya.
Sebaik sampai sahaja di cafe library. Farhan dipanggil oleh Harith untuk duduk semeja. Kelihatan ada seorang lelaki asing di meja itu menggenakan kemeja biru gelap dan tie dan sangat kemas. Farhan pun duduk lalu
diperkenalkan dengan lelaki itu. Farhan, ini Shazwan dia course computer. Sapa Haziq dan Harith. Shazwan menghulur tangan tanda salam perkenalan dengan Farhan. Mereka pun bersalaman menunjukkan bermulanya titik perkenalan antara mereka berdua. Shazwan seorang yang kemas dan mempunyai personaliti yang baik. Wajahnya tampan dan mampu membuatkan orang selesa untuk rapat dan berkawan walaupun baru berkenalan. Mereka pun bersembang seperti bukan baru jumpa. Memang adat pelajar baru masuk University mudah berkawan. Farhan pun bertukar contact bersama Shazwan. Kau Ada kelas pukul berapa ni Shazwan? Kitorang dah takde kelas, kelas cancel. Tanya Farhan. Kelas aku pukul 11 japgi dekat block E. eh lepastu korang nak balik Kolej dah la ni? jawab Shazwan. Ha ah, nak sambung tidur. Gurau Haziq. Shazwan pun meminta diri untuk ke kelas, kerana jam sudahpun menunjukkan pukul 10.40 pagi. Shazwan perlu bergerak awal memandangkan kelasnya di blok E yang agak jauh. Merekapun bersurai.
