Kakinya dihentak-hentak dengan kuat ke lantai bersama giginya digeserkan dengan kuat. Kepulan-kepulan asap kini keluar dari kepala dan dari lubang hidungnya menandakan dia benar-benar marah sekarang. Solar yang berjalan di sebelah Blaze hanya memerhati keadaan kawannya atas bawah." Hoi, kau okey ke tak ni? Dah macam naga ada masalah rumah tangga je aku tengok." Solar menyiku lengan Blaze menyebabkan jejaka itu menjeling tajam sekilas ke arahnya sebelum dia memandang ke hadapan semula. Bibirnya dijuihkan dan bergerak-gerak, seperti mengomel tentang sesuatu.
" Dah dah la tu, Blaze. Benda masa rehat tadi, ini dah waktu balik pun kau nak marah lagi ke?" Ice menepuk bahu Blaze dari belakang.
Blaze berdecit lalu mengeluh berat apabila mendengar soalan Ice itu. Tangannya menggenggam erat tali beg silangnya sebelum tangan kirinya menyerabaikan rambutnya yang lebat itu.
" Bukan marah tapi kau faham tak bila kau diperbodohkan? Aku bukan apa tapi- tapi EIIII!"
Serentak langkah mereka bertiga terhenti apabila langkah Blaze juga terhenti. Mereka memandang sesama sendiri da tersenyum kekok apabila melihat Blaze melepaskan geram dengan menyepak salah satu tiang di pondok yang berdekatan mereka itu.
" Bilalah dia nak sedar tahap bodohnya tak boleh orang lain mampu imagineㅡ" Solar menghela nafas sebelum dia membuang pandangan mendatarnya pada langit yang agak cerah petang itu. Ice dan Thorn memandang sesama sendiri sebelum mereka tersenyum senget dan menelengkan sedikit kepala.
" Oi, tak ada guna kau lepas marah lama-lama. Jom balik!"
Automatik aktiviti menyepak tiang pondok terus terhenti dan Blaze menoleh memandang Thorn yang memanggilnya menggunakan isyarat tangan. Blaze berdecit dan sempat lagi dia menghadiahkan satu sepakan lagi sebelum dia merenung tiang tersebut yang menjadi mangsa lepas geramnya.
Tch, kali ni kau menang, Gempa!
ㅡ
Blaze menyeluk tangannya ke dalam poket beg di bahagian tepi lalu segugus kunci dikeluarkan. Disebabkan pada masa ini Tok Aba masih di kedai Kokotiam, satu-satunya sumber rezekinya untuk menyara kehidupan bersama satu-satunya cucu yang dia ada, Blaze. Jejaka itu menghela nafas berat setelah dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut namun langkahnya mati apabila satu mata menatap tidak percaya apa yang dilihatnya di ruang tamu.
Blaze memicingkan matanya tidak puas hati sebelum urat di bahagian tepi dahinya timbul sebagai tanda dia mula berang. Penumbuknya digenggam sebelum perlahan-lahan dia mendekati lalu berdiri di belakang sofa tersebut.
" Purrr~"
" Hali nak atok suapkan lagi ke?"
" Nak! Nyaaaa~"
Mi goreng yang melekat pada garfu itu kini selamat dimasukkan ke dalam mulut Halilintar sebelum dia mengunyah dengan selera. Telinga kucingnya sekali ikut bergerak ke atas dan ke bawah, jelas menunjukkan bahawa dia suka dimanja sebegini.
Tok Aba tersenyum lebar melihat reaksi Halilintar. Tanganya kini mengusap rambut Halilintar menyebabkan telinga kucingnya jatuh ke bawah sedikit. Lalu tangan tua itu dibawa ke telinga kucingnya dan mengusap perlahan belakang telinganya yang lembut membuatkan Halilintar memejam mata kerana dibelai sebegitu. Dengkuran kecil kini diselangi dengan nafasnya menunjukkan bahawa dia selesa dengan perbuatan Tok Aba. Ekornya perlahan digudik-gudikkan.
Namun di sebalik suasana yang tenang itu kini didominasi oleh satu aura hitam terasa berbahaya. Bulu roma Haliintar merinding lalu dengan perlahan dia menoleh ke belakang lantas dia mengukirkan senyuman. Tok Aba juga begitu, terus menoleh ke belakang.
YOU ARE READING
Haliraemon | [𝐇𝐚𝐥𝐢𝐁𝐥𝐚𝐳𝐞]
FanfictionNama aku, Blaze. Aku bukanlah budak yang boleh dibanggakan seperti orang lain yang rata-rata mempunyai kepandaian, bakat dan kelebihan yang ada. Aku cuma budak biasa yang malas belajar. Namun hidup aku berubah apabila aku terjumpa seekor kucing. "...