Bab 3

4 2 0
                                    

Ini..lah rutin harian Nur Sofea Irwana...Habis belajar di universiti...dia buat kerja part time jadi pelayan di Secret Recipe. Adakalanya dia ambil order ataupun jaga kaunter di depan...Nasiblah bosnya sudah masak dengan rutinnya sebgai pelajar dan pekerja...serta menetapkan shiftnya pada waktu yang sesuai...Di sini, dia hanya tinggal seorang diri...semua ahli keluarganya menetap di luar negara.Bukan dia tidak mahu ikut,tetapi dia ingin study dahulu di Malaysia sehinggalah memperoleh segulung ijazah...barulah dia berhajat ke sana untuk sambung belajar hingga PhD jika dia berpeluang nanti...lagipun,dia datang dari keluarga berada...setiap bulan,papa akan masukkan duit ke dalam akaun banknya.Sebenarnya, dia tak perlu kerja pun sebab wang yang diberikan oleh papanya sudah melebihi daripada yang sepatutnya.Malahan, dia seorang anak tunggal dan tidak mempunyai adik-beradik. Tambahan pula, dia tidak menggunakan duit tersebut bagi kepentingan dirinya dan dia juga bukan jenis menghabiskan duit ibu bapanya seperti anak-anak kaya yang lain.. Dia pilih pekerjaan sebegini pun supaya dia dapat rasa betapa susahnya untuk memperoleh wang dan menghilangkan bosannya. Papanya turut mengetahui setiap apa yang dilakukannya dengan mengupah bodyguard di Malaysia termasuklah pekerjaannya di sini...segala perkara, dia tak boleh rahsiakannya daripada pengetahuan papanya..Itu akan cari padahlah jawabnya..Memang nahaslah dia jikalau dia menyembunyikan sesuatu yang tidak patut papanya tahu..

Sambil Nur Sofea Irwana  mengelap meja, ada satu suara yang memanggilnya dari belakang.Dia kenal sangat akan suara itu...pasti bodyguard papanya...lalu dia berpaling ke belakang.

"Nah, cik Sofea...panggilan untuk cik daripada Dato' Seri" katanya yang sedang berdiri menghadap Nur Sofea Irwana dan menghulurkan telefon bimbit yang dipegangnya. Ehh,baru rasanya dia sebut pasal bodyguard papanya,dah muncul di hadapannya..Lantas, dia menyambut juga huluran tersebut dan mendekatkannya ke cuping telinganya.

"Hello...Assalamualaikum papa" ujar Nur Sofea Irwana.Dia sudah masak dengan perangai papanya yang sentiasa bimbang akan keadaannya di Malaysia.Setiap hari, papanya akan menghubunginya bertanya apa yang dibuat..ok ke k.o ke duduk kat sini dan macam-macam lagi. Dia tidak mengeluh dengan tindakan papanya malah dia terasa disayangi oleh keluarganya kerana tetap mengambil berat tentangnya walaupun tinggal secara berjauhan.

"Walaikumussalam, puteriku...tengah kerja ke sekarang tu..bagaimana hari ini?Berjalan lancar seperti sebelum-sebelum ni atau ada problem?Maybe papa boleh bantu ke untuk selesaikan masalah"kata Dato Seri Sufian yang begitu prihatin dengan anak tunggalnya meskipun hanya berinteraksi melalui phone.

"Ok je pa,Ana kat sini. Macam mana keadaan papa dan mama di sana?Papa tak usah khuatirkan keadaan Ana sangat..just focus your work. Lagipun, bodyguard papa kan selalu ikut ke mana Ana pergi..So, kira selamatlah tu, pa" ucap Nur Sofea Irwana dengan lembut. Antara papa dan mama,papa..lah yang banyak bertanya khabar berbanding mama yang kan menghubunginya pada setiap hari minggu sahaja..akan tetapi,berjam-jam jugak bergayutnya...takpun guna Skype.Maklumlah, teknologi canggih sekarang kan...semuanya serba boleh.

"Hmm...kalau begitu,tak apalah Ana..lega sikit hati papa tapi lagi lega sekiranya dapat bersemuka dengan my girl sorang ni. By the way,Ana tiada cuti semester ke? Bolehlah spend time with papa dan mama di sini sepanjang Ana bercuti sambil mencuci-cuci mata melihat negara asing"kata Dato Seri Sufian yang seakan-akan mencuba nasib dengan menanyakan bila cuti sem anak perempuannya. Nur Sofea Irwana tersenyum sendirian. Faham benar akan sikap papanya.

"Sorry, pa...Ana memang tiada cuti panjang setakat ini..setakat satu dua minggu tu ada rasanya tapi tak sempatlah nak ke sana, papa...Switzerland pula tu, pa.."beritahu Nur Sofea Irwana. Serba sedikit dia mengenali cara hidup di sana sepanjang 10 tahun dia menetap di sana sejak darjah 4 lagi. Selepas habis belajar di sekolah menengah,dia dapat sambung belajar memandangkan keputusan yang diperolehnya sangat cemerlang.Banyak juga tawaran daripada universiti yang dia dapat.Cuma dia terasa mahu menyambung pelajarannya di Malaysia iaitu tanah tumpah darahku sendiri. Walaupun pada mulanya, keptusannya dibantah keras oleh kedua ibu bapanya terutama papa....Sungguh papa berat mahu melepaskannya ke sini..Namun,Nur Sofea Irwana tetap berusaha memujuk papanya sehingga setuju manakala mama hanya mengikut apa sahaja keputusan papa..

"But, Ana still melawat vila kita yang tidak jauh daripada universiti Ana...Don't worry papa...Ada sahaja masa,Ana akan ke sana..tengok apa yang patut and bawa jalan-jalan 2 buah kereta papa di bawah garaj itu...Everything okey..No problem"adu Nur Sofea Irwana kepada papanya berkenaan dua buah kereta hak milik papanya yang tersadai di situ..Pengawal keselamatan juga turut diupah oleh papanya untuk mengawasi dan menjaga vila tersebut..Pernah jugak papa suarakan kepadanya agar tinggal di vila itu tapi dia menolak secara lembut.Salah satu sebabnya adalah dia kana merasa kebosanan dalam rumah yang besar tanpa mama dan papa di sisnya.Selain itu, papa pernah menawarkannya salah satu keretanya untuk memudahkan dia berulang-alik dari hostel hingga ke dewan kuliah.Tetapi, dia tidak mengambilnya,malah dia membeli sebuah skuter Ego S untuk digunakannya setiap hari.Boleh menghilangkan kesesakan lalu lintas dan cepat sampai ke tempat kerja. Kedengaran Dato Seri Sufian mengeluh berat. Mungkin sudah tiada cara untuk memujuknya pulang ke Switzerland. Kali ini, Nur Sofea Irwana mendiamkan diri dan memberi peluang kepada papanya untuk bercakap. Orang yang datang ke Secret Recipe pun taklah begitu ramai.Tangannya pula masih mengelap meja..

"Ana jaga diri baik-baiklah ya...Mama kirim salam pada Ana.Papa akan cuba walau bagaimanapun untuk balik ke Malaysia dan jenguk puteri papa yang comel ni. Entah kurus ke,entah gemuk ke sekarang..tak sabarnya papa...As soon as possible, papa akan bereskan semua kerja papa yang sepatutnya. Oh ya, alang-alang papa telefon ni,papa nak tanya satu perkara."Jelas suara papanya macam ada sesuatu yang ingin disoalnya.Terbayang-bayang wajah papa dan mama di depan mata.Sangat-sangat rindu pada dua insan itu yang banyak berkorban untuk dirinya.Dah beberapa bulan mereka bertiga tidak bersua muka.

"Perkara apa papa?" soal Nur Sofea Irwana yang ternanti-nanti akan pertanyaan papanya.

"Ana ada teman istimewa tak?" Akhirnya terluah juga dari mulut Dato Seri Sufian.Seperti renjatan elektrik yang mengalir dalam tubuh badan Nur Sofea Irwana apabila tersentap dengan soalan papanya yang tidak diduga.Dia menelan liur kesat sebelum menjawab.

"Mana ada pa..cuma kawan biasa.Tak lebih daripada teman istimewa"balas Nur Sofea Irwana secara ringkas.

"Alamaknya lambat lagilah berita calon suami Ana sampai pada papa. Baru papa nak pasang angan-angan..nak timang cucu banyak-banyak" seloroh Dato Seri Sufian. Nur Sofea Irwana ketawa kecil.

"Study dulu pa. Ana tak nak ambil tahu kisah bakal suami ke, teman istimewa ke and seangkatan dengannya. No, pa..After Ana capai apa yang Ana mahu, baru Ana fikir semula di samping membantu papa bekerja"dalih Nur Sofea Irwana. Pasal kahwin,dah ditolaknya ke tepi. Hanya ditumpukan pada pelajaran.

"Ok, Ana.Papa telefon lain kali eh..papa ada kerja.Jaga diri baik-baik..Assalamualaikum"ungkap Dato Seri Sufian dan terus mematikan panggilan tersebut.Nur Sofea Irwana menjawab salam dalam hati.Segera dia memulangkan semula telefon kepada bodyguardnya papanya. Kadang kalanya,dia kesian pada orang kat depan dia ni...yalah kan..asyik kena perhatikan dia sepanjang masa je.

"Kejap ya, Zafril.Saya ada sesuatu nak bagi ke awak"ucap Nur Sofea Irwana lalu menuju ke kaunter.Diambilnya 3 potong kek dan diletakkannya ke dalam kotak yang dikhaskan.Dia berjalan kembali ke arah pemuda yang bernama Zafril itu yang masih menanti dengan sabar.

"Nah, untuk awak. Balik nanti makanlah ya.."kata Nur Sofea Irwana.Kotak yang dipegangnya dihulurkan kepada Zafril dan disambutnya tanpa membantah walau sedikit pun.

"Terima kasih,cik Sofea" balas Zafril.

"Sama-sama"kata Nur Sofea Irwana sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada Zafril.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pertemuan Kali KeduaWhere stories live. Discover now