Bab 31

172 21 2
                                    

Rapuh hati aku melihat wayar wayar berselirat di badan Kapten Hanif. Kepalanya berbalut. Tangannya patah. Kini kapten Hanif bergantung pada mesin nyawa disebelah.

Aku tidak mampu menahan tangis aku lagi. Aku hambur kan juga akhirnya. Perlahan lahan aku usap dari muka hingga ke tangan Kapten Hanif.

"Maafkan saya , kalau bukan sebab saya awak takkan jadi macam ni."

"Sepatutnya saya yang kena langgar . Saya yang patut ada dekat sini, bukan awak. Ini semua salah saya."

"Awak ,. bangunlah. Saya rindu awak.Saya tak kuat tengok awak macam ni."

Makin banyak aku bercakap makin lebat air mata aku turun. Sungguh aku takut kehilangan Kapten Hanif

Aku membaca kan surah yassin ketika aku di dalam wad kapten Hanif.Sesudah itu aku balik ke rumah bersama kawan kawan aku.

***

"Erm Nisaa , kapten Azri nak jumpa. Ada benda nak bincang" kata Fatin yang setis menemami aku dari semalam. Semetara yang lain sudah pulang atas urusan kerja

"Oh , masukla"

"Nisaa sihat?" soal Kapten Azri

"Camni la." jawabku

"Sebenarnya , saya da tau siapa yang langgar Hanif" ujar kapten Hanif

"Siapa yang langgar dia !" soal Mak yang muncul dari dapur

Buat masa sekarang , Mak dan Ayah kapten Hanif tinggal dirumah kami.Termasuk Fatin , sementara ibu bapa Fatin balik ke kampung

"Duduk dulu mak , kita bincang" ujar kapten Azri

"siapa kapten , yang langgar Hanif?" soalku

"Catie.. kawan kerja kami.Saya da siasat dan report polis. Kami dapat maklumat dari kamera litar tertutup di hotel aritu" kata kapten Azri

"astaghfirullah alazim..Nisaa yakin bukan Hanif sasaran dia , tapi Nisaa. Nisaa yang patut kena ,,bukan Hanif..Semua salah Nisaa mak. Maafkan Nisaa." jawabku sambil menangis mengenangkan kapten Hanif

"ya Allah Nisaa tak salah. Ini semua takdir" pujuk Kapten Azri

"betul tu Nisaa ,kau tak salah. Catie yang salah , dia punca segalanya." sampuk Fatin

***

kring ! kring!

"hello , assalamualaikum" sapa Ilham

"waalaikumsalam" jawabku

"stay strong Nisaa , aku tau kau kuat. Aku ada untuk kau Nisaa . " ujar Ilham

"mana kau tau Am?" soalku sebak

"Akmal cerita. Dia kan bercinta dengan kawan kau Aida tu"

"Aku tak kuat Am ... Sepatutnya aku yang ada kat hospital sekarang. Bukan nya Hanif"

"Ya allah . Ni bukan Nisaa yang aku kenal. Nisaa yang dulu kuat , tak mudah give up. Listen to me, siapa kita untuk lawan takdir? ye aku tau kau sedih, semua sedih . Tapi kita sebagai hamba Allah kena belajar terima takdir. Kalau betul dia jodoh kau , insya allah kau akan tetap bersama dia untuk selamanya. Percayalah Nisaa" terang Am panjang lebar

"hmm"

"Jangan sedih macamni , Aku yakin Hanif pun tak suka tengok kau sedih macam ni. Kau kena kuat untuk dia. Macam mana dia nak kuat kalau 'tulang belakang' dia pun tak kuat"

"thanks Am , kau selalu ada saat aku perlukan"

"Welcome babe . Esok aku jemput kau kita melawat dia oke ?"

Due Mesi  (✔)Where stories live. Discover now