Bab 5 | Aku Kan Ada

185 2 1
                                    


OK, Prepare mental dan emosi ya semua. Bab yang paling "cringe" dalam #AkuKanAda *ahaks!


TUNG tung tung!

Mak Lah rasa terganggu dengar bunyi ketukan yang tak henti-henti sejak sejam yang lalu. Mana datangnya bunyi tu? Tadi macam perlahan sahaja, jadi Mak Lah ingat yang bunyi itu datangnya dari rumah jiran dia.

Tapi ini makin lama makin kuatlah pula.

Dia tinggalkan kain yang berlonggok atas lantai lalu tongkat tangan untuk berdiri. Tergendala kerja dia nak lipat kain.

"Allah!" seru Mak Lah sambil bertatih untuk berdiri. Perlahan dia menghampiri tingkap, kepala dia jenguk ke luar. Kosong. Cuma ada deretan kereta pacuan empat roda sahaja di luar rumah.

Dia dengar lagi bunyi seperti orang bertukang.

"Ngah, nampak saya punya seluar kebun yang saya sangkut dekat tepi dinding ni tak?" Haji Hasan yang entah dari mana tiba-tiba muncul sebelah Mak Lah. Badan dah bersarung dengan baju kemeja lusuh, kepala siap bertopi jerami. Tinggal bawahnya sahaja masih lagi bersarung dengan kain pelikat.

Nak pergi ladanglah tu.

"Seluar mana, abahnya?"

"Seluar biru gelap. Pagi tadi saya sangkut situ. Dah tak ada ni. Awak basuh ke?" Haji Hasan tunjuk dekat tempat dia sangkut seluar. Baru pakai sekejap pagi tadi. Tak kotor pun. Sayang nak terus basuh, ingat nak pakai pergi ladang. Eh, dah tak ada pula.

Mak Lah buat muka menyampah. "Dah tersepuk je dekat tepi tu macam kain buruk, saya kutiplah, basuh."

"Lah... baru pakai kejap, kenapa dibasuh?" Haji Hasan dah bercekak pinggang.

"Abahnya, lain kali kalau nak pakai lagi sangkut elok-elok. Jangan disepuk sesuka hati."

"Apa sepuk pula. Saya sangkut elok dekat kerusi," kata Haji Hasan macam nak gaduh.

"Eh, bukan payah. Awak ambillah seluar baru. Dalam almari tu bertimbun seluar kebun. Beli seluar punyalah banyak, yang dipakai sehelai berhari-hari. Bagi orang jelah kain baju awak segunung dalam almari tu, dapat juga pahala sedekah!"

Haji Hasan jeling Mak Lah. Bengang betul dengan isterinya yang seorang itu. Bukan main laju tangan dia buat kerja.

Sudahnya, Haji Hasan pergi dekat lambakan kain yang belum berlipat di atas lantai. Dia kirai-kirai kain untuk cari seluar untuk dia pakai.

"Abahnya." Mak Lah datang dekat Haji Hasan.

"Apa dia?"

"Siapa yang bertukang tu? Dari tadi lagi saya dengar. Tapi tengok dekat luar, tak ada orang. Ada siapa-siapa nak buat rumah ke dekat sini?"

"Buat rumah untuk apa? Si Alid tu hah!"

"Alid?" Berkerut dahi Mak Lah mendengar.

"Ya,"

"Dia bertukang apa pula? Dekat mana? Tak nampak pun?"

"Bawah pokok manggis. mana nak nampak dari sini. Tadi lalu macam ada rangka dah." Haji Hasan teruskan mencari seluar sambil jawab soalan isterinya.

"Bila pula dia rajin nak ketuk mengetuk ni? Saya suruh dia betulkan reban ayam bukan main banyak alasan dia. Alih-alih wak juga yang ketuk atap reban tu."

"Entah, Ngah. Pergilah awak tanya dia, saya nak pergi ladang kejap tengok baja baru sampai." Sejurus itu, Haji Hasan berlalu pergi bila dia dapat seluar yang dia mahu.

Aku Kan Ada | Akyelrahim (SOLD OUT)Where stories live. Discover now