Bab 5

19 4 0
                                    

Dua tahun kemudian

" Alhamdulillah dah sampai"  Harriz berjalan ke luar dari KLIA 2 apabila kereta grab yang ditempah berada di luar tempat itu..

" Pak cik hantar saya ke Tanah Perkuburan Taman Muhibah "


Pintu bilik Rania diketuk kemudian Airin menjengah di muka pintu. 

" Nia, jom balik rumah baba tadi umi call beritahu Harriz balik Malaysia hari ni" ajak Airin.

" Tak apa lah Rin, aku banyak lagi kerja kena siapkan lagipun esok sebelum meeting nak beri dekat Kak Ra" Rania mengeleng kepala. Siapa saja tak nak jumpa suami yang dah 2 tahun tak berjumpa.

" Serius kau tak nak ikut balik rumah baba? Kau tak nak jumpa Harriz"

" Aku serius aku tak ikut, aku bukan tak nak jumpa dia tapi aku tak nak ganggu happy moments dia. Mana tahu lepas nampak aku dia terus bad mood"

" Oklah dah kau cakap macam tu. Aku gerak dulu anything call, ok?" Airin mengangguk.

" Ok hati-hati kirimkan salam aku kat semua" kata Rania lalu melambai Airin yang ingin menutup pintu biliknya.



Hampir sebulan selepas kepulangan Harriz ke Malaysia namun Rania masih belum melihat Harriz.

" Haih ni lah padahnya berjanji dengan Airin ni" Rania duduk di bangku pintu depan supermarket.

Setelah hampir sejam menunggu Rania berjalan ke arah keretanya. Ketika baru bangun duduk seseorang memanggil namanya.

" Nia!" Airin bersama seorang budak lelaki menghampiri Rania.

" Eh Aidel, bila awak sampai sini?" Ciuman diberikan pada Aidel.

" Tu lah aku suruh balik rumah baba kau tak nak, budak kecil ni ada kat sini dekat sebulan" balas Airin.

" Oh..." Rania tak tahu nak balas macam mana.

"Sorry, tadi aku lambat sebab bawa..." kata Airin terhenti do situ.

" Airin kau ni lama sangatlah" Harriz memarahi Airin sambil berjalan ke arah mereka dengan seorang lagi budak kecil, Zara di dukungannya

Tengku Dhia Zara anak kakak iparnya dan arwah along Harith. Ya, along Harith dan Daniel meninggal dilanggar lori tangki minyak pada hari Zara dilahirkan. 4 bulan lepas hari fly ke Ireland.

" Sorry, aku dengan dia nak beli barang dapur" mata Rania dan Harriz bersabung. Harriz terkedu begitu juga Rania.

" Ashik Riz, ashik Nia" suara Aidel mengembalikan Rania dan Harriz ke dunia nyata.

" Jom kita pergi barang" Airin menarik tangan Harriz.

Harriz mengejar langkah Rania dengan tangan bergerak menepuk Zara yang pulas tidur. Rania mengikut mereka.

" Harriz kau dengan Nia beli barang dapur dengan barang Zara. Aku beli toiletries dan makanan basah" Airin mengarah.

" Aku jelah beli toiletries and makanan basah" tawar Harriz.

" Kau ini ikut je apa aku suruh itu pun susah dah aku dengan Aidel pergi beli barang tu dulu" Airin berpimpin tangan dengan Aidel

" Nak beli barang yang mana dulu?" Rania menghala pandangannya pada Harriz.

" Ish mana-mana je"

" Okay"

Mereka bertiga berjalan ke area sayur-sayuran.

Tanpa aba-aba Harriz berhenti di hadapan rak sayur kobis menyebabkan hidung Rania mengenai belakang badannya.

" Rania apa benda kau ni" marah Harriz perlahan.

Rania Husna(Hiatus)Where stories live. Discover now