Aku rasa sampai part ini cerita pasal PSAS . Sebab duduk pun satu sem sahaja .
Jadi begini , pada malam minggu nak exam , biasalah pelajar ada yang tak tidur malam nak perform tapi Tak perform juga macam aku , telan lah berapa banyak ilmu masih sama CGPA hahahahahha .
Jiran aku ini memang suka sangat minum air gedengang ( machine air ) . Jadi aku pun terikut tabiat mereka . Berbekalkan duit siling sem 1 yang aku kumpul hahaha . Aku berdiri depan bilik aku tunggu mek , masa tu jam dah pukul 2pagi . Kebanyakan pelajar lain dah tidur dan ada yang tak duduk blok . Maklumlah blok hujung intake kami pula sikit yg masuk situ dan senior beberapa orang ja .
Bila malam memang sunyi kalau takda pelajar India yang suka berlari lari , buat drama kat aras 0 terjerit jerit . Hahh , takpalah aku maafkan dah berlaku kan . Berbalik pada keadaan tadi , pukul 2 pagi memang sunyi , sepi blok atas tak buka lampu . Aku pandang ke arah mesin gegendang tu , tengok ada orang ke tak . Bila aku pandang aku nampak pontianak. Sumpah ini first time aku nampak pontianak .
Pontianak ini memang dekat dengan mesin gegendang . Aku terkedu Beb. Seram betul rupa pontianak , sama macam dalam tv . Describe sikit , rambut serabai panjang sampai bawah pinggang , baju putih labuh sampai ke lantai muka dia memang hodoh . Tu pun rezeki sebab dia tak pandang aku dia pandang arah lain so aku boleh nampak sisi dia .
Aku nampak dia sekejap je . Terus hilang , auto meremang ! . Mek pula baru keluar bilik , Terus aku cakap takpayah la mek turun , aku nampak benda lah . Dan kami tak jadi nak beli air .
Lepastu beberapa hari seterusnya , aku ada baca status senior aku ni buat statement macam " kau ni time aku macam ni nak kacau " . Aku ws dia , kenapa apa jadi . Tak silap aku nama dia jana , rupanya jana ni pun boleh nampak , dia kata ada ponti kacau dia , macam ketuk pintu bilik tengah malam . Aku pun hmm jelah , takda nak cerita lebih-lebih .
Lagi satu cerita .
Aku jenis tidur tak ikut masa , suka hati tidur maghrib ke apa ke. Takda waktu , asal ngantuk tidur . Sebab mimpi aku best gila ! . Aku jenis boleh ingat mimpi dengan jelas .
Pada petang kejadian , aku balik kelas penat sebab dari pagi sampai petang . Sem 1 kelas memang full . Jadi aku tidurlah sampai maghrib . Dengan tak buka lampunya , bilik gelap kan aku pernah cakap aku takda roomate . Aku tidur bilik sebelah bila malam sahaja .
Aku taktahulah pukul berapa masa itu , tapi still ada cahaya masuk dalam bilik . Aku kena tindih masa petang , mungkin sebab aku terlalu penat dan tak mandi , tukar baju , aku usaha nak gerakkan badan . Tak boleh ! Aku mampu buka mata sikit .
Tahu tak apa berlaku ?
" Tira , tidurlah dulu nanti saya kejutkan " . Lembut je masa cakap dengan aku .
Lepastu aku nampak kelibat putih lalu depan aku nak keluar bilik . Dalam beberapa minit aku boleh bergerak . Aku bangun terus buka lampu . gelap ! . Dah maghrib ! . Siapa kejut aku? . Siapa dia! .
Bilik kunci dari dalam . Aku tengok sekeliling . Seram dohh . Sejak itu aku tak kunci bilik , aku biarkan jiran aku keluar masuk . Lampu bila mangrib akan buka .

ANDA SEDANG MEMBACA
Hijab Safiyyah
Horrorthis story is real and happened to me . So level seram adalah berbeza . If korang tak percaya sokayy ! saya tak kecil hati . Kepada sahabat serta keluarga disamping , terima kasih mencipta kenangan bersama . Yang Terlibat : Safiyyah Mama Abah Kaka...