Hai guys ! .
1 hari lagi untuk aku habiskan pratikal di firma ini selama 21 minggu . Berjaya sis ! . Dimana aku berada di situ ada golongan mereka ini . Tak bermaksud masuk -masuk pratikal terus nampak . Dekat dengan bulan yang aku nak habis ini hahh muncul mereka .
Si jubah tak pergi solat?
Masa kejadian , staf lelaki semua pergi masjid untuk solat jumaat . Tinggal lah kami yang perempuan . Ada yang tengah masak kat pantri untuk santapan tengahari bersama . Aku dan budak intern yang terselit kat belakang gambar ni mereputkan diri di meja masing-masing (sertakan gambar ) .
Masa itu aku menghadap laptop sebelah aku cermin tingkap yang boleh nampak bawah . Nak dijadikan cerita , aku ini jenis suka pandang kalau ada orang naik tangga ia adalah satu tabiat . Aku toleh banyak kali nampak ada susuk tubuh orang tengah naik tangga . Sampaikan aku rimas sebab tak ada orang pun sebenarnya naik tangga . Selang beberapa minit aku tergerak hati nak menoleh ke cermin itu .
Astagfirullah , aku nampak ! Benda ini tengah naik tangga dan terus hilang . Kepala otak dia ! Aku tahu itu benda yang sepatutnya aku tak payah pandang . Aku describe sikit ah . Benda itu lelaki , berjubah putih dan bersongkok .
Aku ini jenis akan cari kepastian . Kesilapan mata ke apa . Jadi lepas staf lelaki balik , aku tengok sorang - sorang nak pastikan ada yang pakai jubah putih ke harini . Tiada kawan-kawan .
Lagipun ini bukan first time aku nampak . Sudah 3kali tapi 2kali itu masa ada staf lelaki dan 1 kali itu yang aku ceritakan kat atas .
Gambar yang aku sertakan juga ini ketika staf lelaki tiada dan benda itu muncul .
Takpa lah ini adalah usikan manja . Aku okay selagi tak ikut aku balik . Huhuhu
YOU ARE READING
Hijab Safiyyah
Terrorthis story is real and happened to me . So level seram adalah berbeza . If korang tak percaya sokayy ! saya tak kecil hati . Kepada sahabat serta keluarga disamping , terima kasih mencipta kenangan bersama . Yang Terlibat : Safiyyah Mama Abah Kaka...