Seoul, Korea
Cuaca yang sangat indah ini menjadi saksi akan penyatuan dua hati, begitu ramai tetamu yang hadir di majlis perkahwinan bertemakan taman ini.. Dari kejauhan kelihatan pengantin perempuan berseri-seri dihiasi dengan gaun pengantin yang serba putih menyerlahkan lagi kecantikkan si pengantin disertakan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir dan di iringi oleh bapa kepada pengantin perempuan, menuju ke arah altar perkahwinan dimana pengantin lelaki telah sedia menunggu pasangannya..
Setelah selesai membaca ikrar dan janji serta bertukar cincin pasangan tersebut telah menjadi suami isteri yang sah dan dibenarkan untuk mencium pasangannya.. Suasana menjadi riuh seketika dengan adengan tersebut, tanpa membuang masa pengantin memberi cue untuk membalingkan jambangan bunga, lalu semua tetamu perempuan berkumpul tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut bunga tersebut.. Dengan kiraan 1 2 3 pengantin mula membaling bunga tersebut dan berjaya disambut oleh seorang gadis muda, iaitu adik kepada pengantin lelaki..
"Wow.. Nampaknya lepas ni giliran adik manja abang pulak ye.. hihi" kata Dong-ho bergurau kepada adiknya..
"Haha.. Apa yang abang mengarut ni?? Soo-hee calon pun tak ada lagi tau.." jawab Soo-hee malu dengan gurauan abangnya..
"Habis tu kenapa blushing sampai ke telinga?? Hahaha.." kata Dong-ho sengaja mengusik adiknya yang dah mula tak senang duduk..
"Sayang~~.. Apa awak ni, tak baiklah usik Soo-hee macam tu kesianlah dekat dia.. Soo-hee kamu abaikan je dengan gurauan abang kamu ni, tak payah layan sangat dia ni.. Nanti kak Julia ajar dia cukup-cukup.." Julia mula bersuara apabila melihat wajah adik iparnya mula merona merah dengan usikan suaminya..
"Betul ke kak Julia?? Kalau macam tu kak Julia bagi pengajaran sampai abang tak boleh bangun pagi esok.. Hehehe.." kata Soo-hee dengan senyuman nakalnya dan dihadiahkan satu kenyitan mata kepada kakak iparnya..
"Set!! Esok Soo-hee tengoklah macam mana hasilnya ya, jangan terlepas tau.. Hehe" Julia menjeling ke arah suaminya wajah yang bertukar pucat mendengar kata-katanya dan dihadiahkan senyuman sinis..
Gadis bernama Soo-hee tersebut meninggalkan pasangan pengantin baru tersebut dan menyertai rakan-rakannya yang sedang asyik bercerita tentang seseorang, oleh kerana rasa ingin tahunya yang cukup kuat dia mula bertanya kepada rakan-rakannya..
"Han Dan-ji, Shin Hye-bin siapa yang korang asyik sangat bergossip ni?" soal Soo-hee dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak..
"Kim Soo-hee!! Please don't do that again!! Not funny okay!!" jerit Dan-ji dan Hye-bin serentak akibat terkejut dengan kehadiran Soo-hee secara tiba-tiba itu dan melihat Soo-hee tergelak sambil memegang perutnya..
"Alright, alright.. I'm sorry, okay.. Hihihi.. Tapi korang gossip pasal siapa??" kata Soo-hee cuba bertenang dan dengan serius bertanya soalan yang sama kepada rakan-rakannya..
"Oh ya.. Kami bercakap tentang cousin kakak ipar kau, kak Julia.. Cousin dia cantik, tinggi, half-korean, mata warna biru, tak pasti apa pekerjaan dia dan sebaya dengan abang Dong-ho.. Dengarnya mereka bersahabat baik sejak belajar di universiti lagi.." kata Dan-ji panjang lebar cuba menghuraikan segala info yang dia ada kepada Soo-hee..
Gadis bernama Soo-hee tersebut langsung tidak menyangka bahawa rakannya dapat mengumpul semua info secepat itu, tidak hairanlah Dan-ji selalu diberi nama julukan "Pro Investigator".. Tetapi Soo-hee masih tertanya-tanya siapa cousin kepada kakak iparnya, dia belum sempat bersua muka dengannya kerana dia hanya kenal dengan Ibu, Ayah dan juga kedua kakak kepada kakak iparnya..
YOU ARE READING
Marriage Contract (GxG)
RomanceBermulanya dengan kejadian yang tidak di sangka-sangka di awal pertemuan dan oleh kerana ikatan kekeluargaan yang terjalin mereka sentiasa bersua muka.. Malah mereka di takdirkan bekerja dibawah satu bumbung.. Setelah beberapa bulan pertemuan mereka...