Cantik

348 11 0
                                        

xxxx Medical Center


Jayjay memandang ke arah pintu apabila mendengar bunyi pintu dibuka dan muncul adik Dong-ho yang telah memukulnya 2 hari yang lalu.. Apabila dipandang lama-lama cantik juga si Soo-hee ni macam bidadari tapi garang macam nenek sihir.. Hahaha..


"Ehem! Can I help you miss??" soal Jayjay memulakan bicara..

"Ibu dan abang yang suruh saya datang melawat awak, abang bising sebab saya yang buat awak masuk hospital.. Dia dah luluskan cuti saya 3 hari untuk jaga awak dekat sini dan dia pesan saya kena bawa bekal makanan untuk awak.. Ni ibu dah buatkan sup belut bagi mempercepatkan proses penyembuhan.." kata Soo-hee memberitahu sebab kehadirannya di hadapan Jayjay.. Jayjay hanya memandang wajah Soo-hee tanpa mengeluarkan sepatah kata..


Soo-hee memandang hairan ke arah Jayjay kerana tiada sebarang reaksi, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Jayjay.. "Dia ni okay ke tak??" Soo-hee berkata-kata dalam hati.. Soo-hee memanggil nama Jayjay berkali-kali dan melambai-lambai tangannya di hadapan wajah Jae-in tetapi masih tiada tindak balas..


"Jayjay!! Awak okay ke tak??" tanya Soo-hee yang memanggil Jayjay separuh menjerit sambil tangannya menyentuh tangan kanan Jayjay apabila melihat Jayjay tidak bergerak dan terpaku seperti patung..


Jayjay seperti baru tersedar daripada mimpi dan kembali ke dunia nyata apabila terasa tangan kanannya di sentuh.. Secara mengejut jantungnya berdegup dengan kencang dan menjalankan kerja mengepam darah dengan cepat.. Tanpa sedar Jayjay menyentuh tangan Soo-hee dan mengeratkan pegangannya, pandangan matanya menembusi jauh ke dalam mata Soo-hee.. Soo-hee yang terkejut dengan genggaman tersebut, serta merta menarik tangannya daripada genggaman Jayjay.. Situasi mula menjadi kekok dan masing-masing mendiamkan diri..


"Hmm.. Tadi awak cakap ibu awak ada bagi sup belut.. Boleh saya rasa??" Jayjay memulakan perbualan bagi memecahkan kesunyian yang melanda mereka berdua.. Soo-hee memberikan thermos yang mengandungi sup belut tersebut kepada Jayjay tanpa bersuara..

"Emm.. Sedapnya bau.. Mesti sedap, kan awak??" kata Jayjay setelah membuka penutup thermos tersebut.. Soo-hee masih belum membalas kata-katanya.. Jayjay yang tidak selesa dengan situasinya sekarang mula bersuara lagi..

"Awak.. Saya nak minta maaf sebab pegang tangan awak macam tu tadi.. Maaf kalau saya dah buat awak rasa tak selasa.." kata Jayjay kedengaran agak sedih..

"Tak ada apalah awak.. Saya okay cuma terkejut sikit tadi.." ­balas Soo-hee setelah agak lama memberikan silence treatment kepada Jayjay.. Di waktu yang sama Soo-hee cuba meneutralkan detak jantungnya yang tak teratur gara-gara sentuhan singkat tersebut..

"Ni saya dah tolong hidangkan.. Awak makanlah.. Awak kena makan yang banyak tau, biar cepat sembuh.. Abang cakap awak pun kerja satu company dengan kitorang tapi knapa saya tak pernah nampak pun awak sebelum ni??" sambung Soo-hee..

"Hah?? Dong-ho bagitau apa je dekat awak?? Oh ye, by the way thank you wak.." balas Jayjay agak menggelabah..

"You're welcome.. Awak tak jawab soalan saya tapi awak yang tanya saya balik.." kata Soo-hee hairan..

"Hehe.. Sorry wak.. Nanti awak tau jugak, awak tunggu je.." balas Jayjay cuba berselindung..

"Sedaplah sup belut ibu awak ni.. Saya boleh bagi rating 9.90.." sambung Jayjay..

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 07, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Marriage Contract (GxG)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang