Hana menyandarkan dirinya di dinding lorong yang sunyi. Dia menahan air matanya dari jatuh. Dia sudah penat nak hadap satu demi satu drama yang terjadi dalam hidup dia.
"Kenapa pilih untuk menduakan kalau boleh tinggalkan salah seorang? Kalau dia nak tinggalkan salah seorang mesti dia akan tinggalkan aku kan. Yelah kalau betul dia sayang aku, takkan wujud perempuan tu," kata Hana. Tanpa sedar, air matanya mengalir.
Hana tersenyum. Kesakitan ni. Dia harap yang dia takkan rasa kesakitan ni untuk kali kedua.
●●●●●
Kageyama tercungap-cungap berlari mencari Hana namun hampa. Kageyama meneruskan pencariannya di suatu lorong yang terpencil. Kawasan itu sangat sunyi.
'Mustahil Hana ada kat sini tapi boleh jadi jugak tiba tiba Hana kat sini kan,' desis hati Kageyama.
Kageyama berjalan perlahan-lahan dan apabila dia memusingkan badannya menghadap betul-betul ke arah terowong itu, dia ternampak Hana.
Kageyama meluru ke arah Hana. Niat dihati untuk terus memeluk Hana tapi apa yang dirancang tak seindah yang disangka.
Hana mendengar derapan tapak kaki menghampirinya. Hana menoleh untuk melihat siapakah gerangan pemilik derapan tapak kaki tersebut.
Langkah Kageyama terhenti. Adakah ini semua salah dia? Salah dia ke sampai Hana menangis?
"H-Hana..."
"Saya taknak dengar apa apa dari awak Kageyama."
Kageyama terkedu. Nada suara Hana tak seperti sebelum sebelum ini. Nada suara Hana kini menjadi seperti Hana yang dingin. Bukan Hana yang lemah lembut yang dia kenal selama ni.
"Saya dah tahu apa yang jadi. Awak tak payah nak jelaskan kat saya. Saya faham."
"Tak Hana kau salah faham ni Yasmin tu..."
"Saya cakap saya taknak dengar apa apa kan?!"
Hana meninggikan suaranya. Kageyama betul betul terkedu sekarang ni. Egonya tercabar apabila Hana meninggikan suara kepadanya.
"Okay kalau kau dah taknak dengar apa apa. Aku diam," kata Kageyama.
Tangisan Hana semakin laju. Kenapa Kageyama tak cuba nak jelaskan perkara sebenar? Ataupun apa yang Hana fikirkan didalam kepalanya semua benar belaka?
"Saya nak putus."
●●●●●
Kageyama POV
Duniaku seakan terhenti untuk seketika. Hana nak berpisah dengan aku?
"Kau tak menyesal ke? Kau tak dengar apa apa lagi dari aku," aku cuba untuk menyelamatkan hubungan aku walaupun ego masih bersisa di hati. Ye keegoan aku semakin tercabar bila Hana mengatakan yang dia tak mahu dengar apa apa.
"Saya minta maaf. Saya takkan muncul depan awak lagi Kageyama."
"Fikir betul betul. Aku taknak kau menyesal lepastu datang balik kat aku."
Hana terdiam seketika. Betulkah dia mahukan perpisahan seperti ini? Tapi apa yang terjadi tadi betul betul meyakinkan Hana yang Kageyama ada perempuan lain.
"Ye saya nak putus. Saya takkan ganggu hidup awak lagi. Saya minta maaf Kageyama."
Hana berjalan merapatiku dan memeluk tubuhku untuk kali terakhir. Perasaan Hana semakin hiba apabila Kageyama tidak membalas pelukkannya.
Takpe. Salah dia sebab nak putus dengan cara macam ni. Tanpa sebarang penjelasan dari Kageyama.
"Tolong lupakan saya."
Kata-kata terakhir dari Hana sebelum pergi meninggalkan aku dan segala kenangan tentang kami berdua.
GUYS HANA TINGGALKAN KAGEYAMA GUYS MACAM MANA NIII!!!! MAYBE LEPASNI DAH TAKDE MOMENT KAGEHANA LAGI 😭 KORANG PUN MESTI MACAM EH HANA BENDA BOLEH BINCANG HA KAN KAN TAPI HANA PILIH UNTUK TAKNAK DENGAR APA APA DAN TINGGALKAN KAGEYAMA HUWAAAAA...
btw guys terima kasih sebab sudi comment and vote hehe sis suka tauu baca comment comment korang ni lepastu lagi suka bila nama korang masuk noti sis sebab korang vote cerita King ni hehe apa apa pun stay safe okay semua! thank you very much for your support <3
YOU ARE READING
COMPLETED||King [Kageyama Tobio]
FanfictionKageyama jatuh hati dengan Hana apabila Hana menjadi manager sementara bagi pasukan volleyball Karasuno High School tetapi tiba tiba sesuatu terjadi dalam hubungan mereka. Adakah hubungan mereka akan berkekalan atau sebaliknya? Rank: 🏅#2 in Haikyuu...