15

309 21 1
                                    

Kageyama terus membawa Hana ke satu sudut yang terpencil lalu mengunci pergerakan Hana dengan mengepungnya di dinding. Hana tergamam dengan tindakan Kageyama.

"Suka sangat dengan Hinata tu ha? Suka nak makan sama sama dengan dia?" tanya Kageyama. Anak matanya tepat menikam anak mata Hana dan cukup untuk membuatkan Hana berasa seram sejuk. Pandangan Kageyama yang menunjukkan bahawa dia sangat cemburu dengan persahabatannya dengan Hinata.

"Kenapa awak nak cemburu sangat? Saya dengan Hinata tu kawan je la. Tak lebih pun. Cuba fikir positif sikit," Hana membalas sambil menolak tubuh Kageyama jauh darinya.

Kageyama tetap dengan posisinya. Hana tolaklah 1000 kali pun dia tetap takkan lepaskan Hana selagi jawapan yang dia nak tu tak memuaskan hati.

"Nampak sangat kau tak pentingkan aku kan?"

Hana tergamam. Apa yang Kageyama cakap ni?

"Kau lagi pentingkan Hinata dari aku. Kau tak kisah pun pasal aku sebab tu kau ajak Hinata makan sama-sama padahal kau boleh ajak aku untuk makan dengan kau."

"Ka-Kageyama awak salah faham ni...," kata-kata Hana dipotong dengan satu keluhan dari Kageyama. Dia memandang Hana dan berlalu pergi meninggalkan Hana sendirian disitu. Hana cuba menarik tangan Kageyama untuk memberikan penjelasan tapi Kageyama menarik tangannya dengan kasar. Kageyama sangat marahkan Hana sekarang ni.

Kageyama menghentikan langkahnya. Tanpa menoleh dia berkata, "Mulai harini kau buat la apa yang kau nak. Aku tak halang." lalu dia meneruskan perjalanannya.

Hana tak mampu berkata apa-apa sekarang ni. Perlahan-lahan tubuhnya jatuh ke tanah dan air matanya jatuh.

Apa yang patut dia lakukan sekarang ni? Dia dah lukakan hati Kageyama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa yang patut dia lakukan sekarang ni? Dia dah lukakan hati Kageyama.

●●●●●

Latihan pada hari itu berjalan seperti biasa. Yachi dan Shimizu perasan akan kelakuan Hana yang sedikit muram. Mereka berdua berjalan mendekati Hana.

"Hana awak okay tak?" tegur Yachi. Hana mengangkat mukanya memandang ke arah mereka berdua. Dia menghadiahkan sebuah senyuman kelat kepada mereka berdua.

Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, dia menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi keluar dari gimnasium.

"Yachi awak tunggu sini sekejap. Saya pergi tengok Hana," arah Shimizu. Yachi menurut perintah Shimizu. Shimizu memberikan kertas dan pen yang dia pegang kepada Yachi dan terus keluar untuk mendapatkan Hana.

Shimizu menoleh kekiri dan kanan kawasan gimnasium tersebut. Kelibat Hana langsung tidak kelihatan. Dia meneruskan pencarian di taman sekolah. Masih tiada.

"Mana pulak Hana ni," kata Shimizu sendirian sambil menggaru kepalanya. Dia terfikir satu kawasan yang mungkin terdapat keberadaaan Hana disana. Segara Shimizu mengatur langkah menuju ke tempat tersebut.

Perlahan-lahan pintu dibuka. Terbit segaris senyuman di bibir Shimizu bila mendapati Hana berada di situ.

"Hana, awak buat apa kat sini?" soal Shimizu merapati Hana. Hana yang terkejut mendengar suara senpainya itu segera mengesat air mata yang membasahi mukanya.

"Takde guna lap air mata tu Hana," Shimizu melabuhkan punggung disebelah Hana. Shimizu mendakap Hana dengan erat. Hana terkaku seketika.

"Nangis la. Nangis puas puas."

Air mata Hana kembali membasahi wajahnya. Baju Shimizu turut basah dek air mata Hana tetapi Shimizu tidak kisah asalkan Hana lega.

Shimizu hanya membiarkan Hana menghabiskan tangisnya terlebih dahulu. Hana memandang ke arah Shimizu.

"Sh-Shimizu senpai..."

"Ye Hana awak kenapa?"

"Ka-Kageyama...Dia m-marahkan s-saya," kata Hana tersedu-sedan. Shimizu mengusap belakang Hana untuk tenangkan dia.

"Cuba cerita kenapa dia marahkan awak."

Hana pun menceritakan satu-satu kejadian yang terjadi. Shimizu mengangguk faham dan air mata Hana jatuh sekali lagi.

"Dah sekarang ni awak balik la dulu. Biar saya dan Yachi je yang tengok diaorang harini. Awak balik okay?" Hana setuju dengan cadangan Shimizu dan mereka berjalan beriringan turun dari rooftop sekolah. Mereka berdua berpecah memandangkan Shimizu perlu ke gimnasium untuk melihat latihan yang sedang berjalan.

"Hana."

COMPLETED||King [Kageyama Tobio]Where stories live. Discover now