16 tahun lalu..
Harini harijadi aku dan kakak kembar ku, Cahaya Qaseh. Mummy janji nak bawa pergi makan kat luar. Aku gembira sangat. 2 hari yang lepas, daddy hadiah kan aku diari ni. Daddy baru balik dari Jepun sebab daddy ada kerja kat sana. Mummy kata daddy jadi superman bawa orang sana sini. Aku tak sabar nak tulis macam macam dekat diari ni.
Oh ya, aku nak perkenalkan diri aku. Nama aku Cahaya Qaisara binti Qairul Uwais. Aku ada kakak kembar. Cahaya Qaseh binti Qairul Uwais. Umur aku 10 tahun. Nama mummy aku Cahaya juga. Cahaya Amalina. Aku cuma ada kakak je. Sebab kami dua beradik je. Walaupun kami kembar, perangai kami berbeza. Mummy dengan daddy lebih senang dengan perangai kakak sebab kakak baik, pandai, sopan. Aku pula? Sebaliknya. Perangai nauzubillah boleh kawan dengan beruk. Aku ni suka bergurau, kasar dan lasak. Tapi kasih mummy dan daddy tak pernah berbelah bahagi. Cuma tulah aku tak tau kenapa mak sedara belah daddy tak suka aku.
Mungkin sebab aku ni tak pandai macam kakak kot. Mummy anak tunggal. Tapi tak kisah la. Mummy selalu cakap kalau ada orang buat kita atau cakap benda yang tak baik tentang kita. Jangan balas balik. Sebaiknya kita diam. Mummy selalu cakap ; “Emotionless is the best way to make your enemy become scare”. Aku faham bahasa Inggeris tapi tak faham maksud tersirat mummy. Yelah what do you expect from 10 years old girl?
Berbalik pada cerita asal. Harini kami nak sambut di hotel ternama dekat Kl ni. Hm okeylah kakak dah panggil aku turun. Nanti aku ceritakan selanjutnya.
Sincerely ; cute girl.
“Kay, sabar sayang. Tak lari pun hotel tu.” aku tersengih.
“Yelah mummy. Kan harini harijadi adik dengan kakak.” aku pegang tangan kakak. Kakak cuma senyum lucu.
Hampir 1 jam setengah kami sampai.
“Yeay yeay. Dah sampai” Aku jerit gembira.
“Anak daddy ni kan.. Mulut tak boleh ke perlahan sikit?” Daddy angkat aku. Aku cuma gelak. Kami berjalan masuk ke dalan hotel.
“tak.” nampak daddy nak macam pura pura nak marah, aku cium pipi daddy. Daddy cium pipi aku balik. Bertubi tubi.
“Mummy tengok daddy.” Aku merengek. Mummy yang sedang pimpin kakak pun senyum.
“Adik ni, dah besar pun nak suruh daddy angkat lagi ke? Dah la berat.”
“Berat adik cuma 25 kg je. Kakak jeles la tu.” Qaseh buat muka loya.
“Eh sudah tu. Jomlah makan.” Daddy bersuara.
Spegetti cabonara, steak dan banyak makanan lagi berada di hadapan aku sekarang. Walaupun aku berbadan kecil tapi selera aku besar.
“Sara, adik ku sayang. Makan perlahan lahan la.” Qaseh menegur aku. Aku pandang sekilas dan buat keputusan tak pedulikan dia. aku kalau bab makan memang tak kompromi. Hahaha.
Selesai kami makan, daddy dan mummy berikan aku dan kakak hadiah.
Daddy berikan kami sepasang kasut nike kerana kami berdua memang aktif sukan. Aku dapat warna hitam. Favourite aku. Qaseh pula warna pink hitam. Qaseh dan warna pink memang tak boleh dipisahkan. Aku dan warna pink memang tak sebulu.
Mummy berikan kami rantai. Qaseh sukalah, tapi aku sebaliknya.
“Taknak la pakai rantai mummy. Rimas la Kay nanti.” aku silangkan tangan aku.
“Eh takde takde. Pakai la Kay. Mana tau ni hadiah terakhir mummy bagi kat Kay ke?” Entah kenapa ayat mummy terasa mencucuk dalam hati.
Aku ni bukan apa. Cuma memang tak suka. Rantai, gelang, dan semua yang budak perempuan pakai memang aku tak suka. Rimas. Tak kena dengan jiwa aku. Mungkin sebabtu mak sedara aku tak suka aku lagi kot. Aku ni banyak buat masalah. Perangai pun macam lelaki.
Aku dengan tak rela terpaksa jugalah setuju. Mummy pasangkan rantai berbentuk hati pada aku.
Satu lagi beza aku dengan Cahaya Qaseh. Dia pakai tudung dan aku tak. Well, tak kena dengan jiwa lagi walaupun ditegur si kakak suruh pakai tudung.
YOU ARE READING
Setelah Perginya Dia
Short Story"She's changed. You can see it in her eyes, feel it in her touch, and hear it in her tone. She's not the same, and she's never coming back." - k. Azizian Mati. Perkataan itu selalu bermain di fikiran aku. Parut yang tersembunyi di setiap tubuh badan...