Bab 7

1.1K 78 2
                                    

Aryan mengurut perlahan kepalanya yang pening. Dilepaskan segala yang ada di tangannya. Kepala menggeleng keras cuba menghilangkan rasa pening kepalanya. Sejak tadi dia dah rasa pening tapi dikuatkan dirinya agar dapat dating dengan Yana. Bukan senang nak dapat bersama dengan Yana. Kalau Yana dah nak balik, pasti dah tak sempat nak keluar.

" Aryan okay tak ni?" Risau suara Yana bertanya

Risau bila tangan itu asyik urut kepala. Muka tampan itu juga makin pucat tidak berdarah. Berkerut seribu bagai menahan rasa sakit.

" Orang okay... Orang nak pergi bayar sekejap. Yana tunggu sini tau. Jangan keluar." pesan Aryan tegas.

Yana mengangguk saja. Bayang Aryan yang sudah berlalu ke kaunter pembayaran dilihat sekilas sebelum kaki itu keluar dari restoran mewah itu. Pesanan yang Aryan katakan diabaikan begitu saja.

Seketika Yana termenung sendiri bila mengingatkan muka pucat Aryan. Dahi lelaki itu juga berkerut seribu ketika bercakap dengannya tadi. Kenapa ya?

Tak sedar perempuan itu yang langkahnya sudah jauh terpesong ke arah lain. Sedar-sedar saja Yana sudah ada di lorong gelap yang hanya diterangi lampu jalan saja.

" A-a... Aryan." Yana menyeru takut-takut.

Perlahan tubuhnya dibawa mengundur ke belakang. Air liur ditelan kasar bila seorang lelaki yang boleh tahan gemuk pandang dia bagai mahu makan.

" Nak pergi mana adik manis? Tak nak teman abang ke malam ni? Abang bosan tau." rengek lelaki itu dengan muka gatal yang amat menggelikan Yana bila melihatnya.

" Lepaskan akulah! Kau nak apa!" Yana merentap kasar tangan lelaki yang cuba pegang lengan dia.

" Aku nak kau... Kau tahu tak yang aku dah lama tak puaskan nafsu aku? Masa nilah aku patut puaskan..." Penuh makna lelaki itu berkata. Siap lidah itu menjilat bibir hitamnya. Kuat hisap rokok, begitulah jadinya.

" Tolong!!! Tolong!!!" Yana menjerit kuat.

Lelaki itu hanya ketawa sebagai balasan. Ditekup mulut Yana dan tangan satu lagi memegang elok kedua tangan Yana agar perempuan itu tidak dapat bergerak lagi.

" Kau takkan terlepas dari aku."

Yana meronta kasar dari dipegang lelaki itu. Kepala digeleng berkali-kali bila lelaki itu cuba menciumnya. Yana terus mencuba melepaskan diri tapi apalah sangat dengan kudratnya sebagai seorang perempuan.

" Tolonglah jangan buat saya begini... Saya mohon jangan apa-apakan saya." rayu Yana sayu.

Gelak tawa sinis lelaki gemuk itu menakutkannnya. Berlinangan airmata Yana tumpah ke sudut pipi bila muka lelaki itu sudah dekat dengan lehernya jinjangnya sehingga dapat Yana rasai deruan nafas lelaki itu. Dalam diam Yana mengharapkan Aryan membantunya tika ini. Menyesal tidak terkata bila tidak mengikut apa yang Aryan arah padanya tadi.

'Ya Allah...bantulah aku.' Hati kecil Yana merintih.

Buk!

Lelaki itu ditumbuk kuat oleh Aryan. Laju Yana menerpa ke belakang badan Aryan. Menggeletar hebat tubuh Yana kerana takut. Digenggam erat baju Aryan dari belakang.

" You're safe baby..." Aryan bisik lembut di tepi telinga Yana.

" Wow! Hero dah sampai..." Lelaki itu menyinis dengan senyuman jengkel.

" Kau tahu tak, perempuan yang ada di belakang kau adalah perempuan simpanan aku!" Lelaki itu menyambung kata lagi dengan jarinya menuding pada dadanya. Menunjukkan Yana itu adalah miliknya.

Aryan hampir tumbang. Dengar tak dengar saja yang dikatakan lelaki itu tapi masih dia dengari bait kata yang mengatakan Yana sebagai perempuan simpanannya. Aryan menggeleng laju kepalanya. Tolonglah jangan pening...

His Secret Side ( Published ) Where stories live. Discover now