Kipas siling ini jika ia berpusing perlahan aku kedengaran bunyi detingan misteri. Bila aku lajukan detingan misteri itu juga tetap berlaku. Cuma bunyinya agak langka berbanding ketika ia bepusing perlahan. Aku ada juga cuba hendak membaikinya. Aku leraikan ia dan tidak aku temui sebarang kerosakan.
Bila aku pasang ia kembali, kipas siling ini masih dengan detingnya.
Buat ketika ini bukan bunyi kipas siling yang menganggu pemikiran aku. Kejadian misteri dan menyeramkan yang sedang berlaku ini kian melarat. Misterinya menakutkan. Aku hendak tahu siapa atau apa yang sedang menghantui aku. Kata-kata Zambri memang buat aku kian tidak selesa. Mungkin ketika ini ada mata mengerling aku di satu sudut. Susuk yang aku tidak nampak.
Kelibat tidak berjasad.
Bob. Apa yang kau jumpa tempoh hari sampai tidak ke tempat kerja. Mesti kau terserempak dengan hantu yang kaw-kaw angker dia kan. Sebab itu kau takut lari litang pukang.
Rosa dan Krul. Aku bingung. Kunci kereta Rosa aku tatap lama-lama. Krul kata Rosa ada di selatan. Siap ada surat lagi. Kini ibu bapa Rosa juga akan ke selatan tanah air. Jadi kenapa kereta Rosa ada di sini. Jika benar malam itu memang tubuh Rosa aku dukung, adakah Krul...
Ah, siallah.
Aku bangkit dan duduk bersila. Aku kena rancang tindakan yang perlu aku buat. Mahu tak mahu aku kena hentikan gangguan mistik ini. Pertama sekali aku perlu cari Bob. Aku nak tahu apa yang dia cuba cari di tingkat 5. Dua pengawal keselamatan itu beritahu aku Bob sering ke tingkat 5.
Mereka kata Bob telah menjumpai sesuatu yang berkait dengan kes mayat perempuan dibelah-belah. Dan pada malam terakhir Bob bekerja, mereka kata Bob menjerit hantu dengan menyebut nama seseorang.
"Hasnira"
Ya, itulah nama perempuan yang mati di taman rekreasi tempoh hari.
Jadi aku mahu tahu cerita Bob. Kedua pula, aku perlu jumpa Pak Don. Untuk apa? Entahlah, aku hanya cuba nasib. Mana tahu dengan kehadiran aku mungkin dia boleh menolongku. Haraplah.
"Hm?"
Aku baru teringat sesuatu. Aku turunkan kaki hingga memijak lantai. Aku cuba ingat kembali wajah perempuan yang aku jumpa ketika berjalan ke 7e tempoh hari. Ya, perempuan itu amat mirip dengan wajah perempuan yang ditemui mati di tingkat 5. Perempuan itu juga muncul ketika aku naik ke tingkat 10. Perempuan yang tiba-tiba menikam anak tekaknya.
Dan Hasnira. Perempuan malang yang mati dengan separuh tubuhnya hancur. Bila aku ingat kembali, memang itulah wajah yang aku nampak. Perempuan gila yang meratah daging ayam mentah di sebatang lorong. Juga wajah yang sama menganggu aku sebaik aku pulang dari 7e. Hantu yang bertenggek di almari bajuku. Hantu yang duduk di atas meja makan aku sambil meratah bangkai ayam.
Trrrrr
Terkejut aku. Aku pantas mendapatkan telefon. Aku pandang pemapar. Seperti biasa Fanny bertambah double rajinnya menanya kegiatan aku. Mungkin itu yang Krul dapat ketika berkasih dengan Rosa. Bagi aku perkara itu sangat normal. Biasalah perempuan. Mod ingin tahu mereka sentiasa turn on. Layankan sahaja.
'Nak ajak keluar ke mana-mana ke?' Soalku.
'Erm, nope. I just asking... If u want eats something I can order for u, I just order from FoodPanda'
'Oh takpa. I kenyang lagi, but if u want to hang out I will be auto lapar'
'So funny. Cannotlah, need finish boss job maa. Esok okay, lunch'
'Emotikon smile'
Dari ruang perbualan whatsapp antara aku dan Fanny, aku beralih ke paparan utama. Terbaris koleksi pengguna whatsapp yang selama ini aku berinteraksi. Hal yang uniknya, sehingga sekarang nama Suri tidak tercatat. Aku masih tidak ada nombor Suri. Tiadalah pula Suri hendak meminta nombor telefon aku.
YOU ARE READING
SURI
HorrorSaiful. Seorang lelaki yang dibelenggu misteri selama dia hidup di sebuah apartment sewaan. Misteri yang membelenggu hidupnya itu menuntut korban yang ramai. Apakah Saiful dapat merungkai misteri itu?