➜마음 22

404 75 17
                                    

•°•°•°•°•°•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•°•°•°•°•°•

“Untuk tugasan kali ni, cikgu nak kamu cari ahli kumpulan sendiri. Satu kumpulan ada 4 ahli.”

Semua murid kelas 5-1 bergegas mencari ahli kumpulan mereka sendiri selepas sahaja mendengar arahan dari Cikgu Ju tadi.

Wooyoung dan Yunho masih lagi tidak bergerak. Mereka tidak tahu untuk cari siapa lagi untuk masuk ke kumpulan mereka.

“Yunho, Wooyoung. Kamu berdua belum jumpa ahli lain lagi ke?” tegur Cikgu Ju. Mereka berdua mengangguk kecil.

“Haa, alang-alang Yeosang dan Mingi pun belum ada kumpulan lagi tu baik kamu berempat jadi satu kumpulan.”

Wooyoung terbeliak selepas sahaja Cikgu Ju kata dia mahu masukkan Yeosang dan Mingi sekali. Serta merta dia menolak.

“Tak nak lah cikgu. Saya tak berapa selesa lah dengan mereka berdua,” tolak Wooyoung ramah.

“Tak apa. Inilah sebabnya saya suruh buat kerja dalam kumpulan. Mana tahu mungkin kamu akan selesa dengan mereka nanti,” balas Cikgu Ju sambil tersenyum nipis.

Pantas dia memanggil Yeosang dan Mingi untuk masuk kumpulan Wooyoung. Punah harapan dia untuk membantah. Dia dapat rasakan hari ini seperti mimpi ngeri!

Yeoaang dan Mingi sekadar akur sahaja. Mereka mengambil kerusi lalu duduk bersama Yunho dan Wooyoung.

“Kenapa mesti korang juga yang jadi group aku?” bisik Yunho. Mingi membuat muka menyampah sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Selepas sahaja itu, Cikgu Ju pun mula memberikan beberapa langkah untuk pelajar menyiapkan tugasan mereka.

Wooyoung tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Matanya dari tadi melirik melihat Yeosang bermain telefon secara senyap-senyap.

“Itu sahaja. Jangan lupa hantar tugasan kamu tu minggu depan ya?” pesan Cikgu Ju kepada semua anak muridnya.

“Baik.”

Selepas sahaja Cikgu Ju melangkah keluar dari kelas, Yunho mengajak mereka bertiga untuk membincang hal tugasan tadi.

“Aku tahu kita ni tak ada lah rapat mana. Tapi aku cuma nak tugasan kita ni siap sepenuhnya,” ujar Yunho dengan nada merayu.

“Aku tak kisah. Asalkan kawan baik kau tu dapat terima kitorang sepenuhnya barulah kitorang okey,” balas Yeosang mendatar.

Wooyoung menjeling ke arah Yeosang. Tidak tahu mengapa dia tiba-tiba berasa sakit hati setiap kali melihat Yeosang dan Mingi.

Dia terus bangun lalu keluar dari kelas tanpa berkata apa. Yeosang sekadar melihat sambil memeluk tubuh. Yunho kehairanan.

“Dah kenapa dia?” soal Yunho pelik.

“Lantak dia lah. Kalau kau nak kerja kita tu siap dengan sempurna, baik kita bertiga jer.”

Kata Mingi pula membuatkan Yunho terdiam seketika. Dia tidak tahu apa yang sudah jadi dengan Wooyoung sekarang.

“Memandangkan petang ni kita tak ada aktiviti kelab, apa kata kita lepak kat taman sekolah. Senang sikit untuk kita berbincang fasal tugasan ni.”

Yeosang memberikan cadangan kepada Mingi dan Yunho. Matanya masih lagi tertumpu pada skrin telefon.

“Sejak bila kau jadi rajin ni? Aku ingat kau akan suruh aku dengan Wooyoung jer yang buat,” soal Yunho sedikit kehairanan.

“Kau nak ke? Kitorang tak kisah,” sampuk Mingi pula. Pantas Yunho menolak.

“Aku gurau jer lah!”

“Kalau macam tu bagitahu Wooyoung sekali. Petang ni tahu,” pesan Yeosang.

Yunho mengangguk tanda faham. Dia tidak menyangka pula bahawa Yeosang dan Mingi boleh berikan kerjasama dengan mereka.

 Dia tidak menyangka pula bahawa Yeosang dan Mingi boleh berikan kerjasama dengan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] MIND  ☾ 우산 ☽Where stories live. Discover now