1

0 1 0
                                    

Bahu Eva Verdiana ditolak kasar. Dia terjatuh ke lantai. Satu tamparan hebat hinggap di pipi manisnya. Rambutnya ditarik paksa menghadap gadis itu.

" Jangan macam macam dengan kami." ugut Sarah , gadis yang menamparnya.

" Jalan tuh guna mata!" pekik gadis di belakangnya.

" Ada mata tapi tak nak guna. Menyusahkan!"

Kemudian, seorang gadis yang pastinya ketua geng itu maju ke hadapan. Sarah bangkit memberikan ruang kepada ketua mereka itu.

Tamida mencangkung di hadapan Eva dan meraih tanda namanya.

" Eva Verdiana..." ucapnya sinis. Dia manatapnya tajam. Seketika, dia terpesona dengan keindahan mata milik gadis itu.

" Mata yang cantik tapi sayang tak kena guna.."

Tamida bangkit, mengetap bibirnya geram. Dia cemburu akan mata indah yang dimiliki gadis itu.

Geram. Cemburu. Kedua dua perasaan itu bercampur aduk. Dia menendang kasar bahu gadis itu.

Eva merintih kesakitan. Dia memegang bahunya.

Seketika kemudian, kedengaran sepasang tapak kaki mendekati.

" TAMIDA DAMITA DENIS!!"

laung Vanda Diana dari jauh. Dia melangkah pantas ke arah mereka.

" Heh, nampaknya adik pengawas kita dah sampai." ujar Tamida sinis.

" Apa yang korang buat dengan dia? Buli dia? Kau nih teruklah!
Ini sudah kali ke berapa, Tamida? Berhentilah membuli orang lain. Kau tak serik ke? Kau ke sekolah untuk belajar, bukan untuk membuli! " Diana mula membebel.

" Bisinglah!" Tamida menutup kedua belah telinganya.

" Tau pun bising. Kalau nak aku diam, kau kena berhenti membuli orang lain , boleh tak?!"

" Herm.."

Jawapan yang tidak sah itu menaikkan angin Diana.

" Boleh tak?" ulangnya lagi.

Tamida hanya menatapnya dengan perasaan jengkel.

" Baiklah, baiklah. Kami tak akan buli dia lagi.." balas Nina menghalang renungan antara mereka berdua.

Diana mengeluh kecil.

" Baiklah, kalau macam tuh saya lepaskan kamu. Pergi sekarang." halau Diana kepada gadis gadis itu.

'Lepaskan?' batin Eva bersuara. Ada perasaan tidak puas hati saat Diana mengatakan perkataan itu.

" Tak!" bantah Tamida namun Nina terlebih dahulu menyorongnya untuk beredar dari situ.

" Janganlah perbesarkan lagi masalah, Tamida. Dia dah lepaskan kita." ucap Nina menyorong Tamida pergi.

" Aku belum habis lagi lah.."

" Pergi sahajalah, Tamida.."

Sarah di belakang mengikuti mereka. Sebelum beredar dia memberikan jelingan tajam kepada pengawas yang menjengkelkan. itu.

Diana mengeluh berat selepas ketiga tiga gadis itu beredar. Dia berpaling semula ke arah Eva.

" Kau tak apa apa?" tanyanya menghulurkan tangan kepada Eva.

" Tak.." balasnya singkat, menyambut tangan Diana.

" Maaflah mereka tuh suka mengganggu.."

" Tak apa.." Eva bangkit. Kesakitan di bahunya masih terasa.

" Kau cedera ke? Mari saya temankan ke bilik rawatan." ajak Diana risau.

" Tak apa, saya boleh pergi sendiri."

" Biar saya temankan saja.."

" Tak apa.."

" Janganlah malu malu. Kita kan teman sekelas."

" Kau tak faham bahasa ke?!" Eva menaikkan suaranya.

Diana kelihatan terkejut. Dia mengundurkan diri selangkah.

" Baiklah, kalau macam tuh saya pergi dulu.." ucapnya mesra masih cuba kelihatan kuat.

Selepas Diana pergi, Eva menggenggam buku limanya erat. Air matanya mula mengalir. Sebenarnya, dia geram dengan sikap Diana. Dia cedera, dia dibuli, dia ditampar, dia ditendang namun Diana melepaskan para pembuli itu begitu sahaja. Penakut, itu perkataan yang sinonim dengan Diana.

' Dasar pengawas pengecut..'

Eva mengesat air matanya lalu beredar dari tempat itu.


















Crush Aku Suka Orang LainWhere stories live. Discover now