2

0 1 0
                                    


Diana melangkah kembali ke kelas. Kelihatan Tamida dan gengnya sudah masuk ke kelas dan seperti biasanya  mereka bergosip.

" Korang tau tak? Raymond, tahun nih dia masuk kelas kita. " ucap Nina penuh semangat.

" Raymond? Siapa tuh?" tanya Tamida sambil meratakan gincunya.

" Takkan lah kau tak tau?!" sampuk Sarah pula.

" Tak tau.." balas Tamida masih dengan gincunya.

" Dia tuh jejaka idaman tau? Dulu, dia kelas A-1. Gadis gadis di kelas itu semua on crush dengan dia! Mana taknya! Dia sweet, comel, lovely and perfect! Percayalah, sekali kau dah jatuh dengan dia, tak boleh move on punyalah!" kata Nina yakin disertai dengan anggukan dari Sarah.

" Yeker?" tanya Tamida tidak berminat. Baginya, semua lelaki sama sahaja. Pentingkan  kecantikan sahaja.

" Percayalah, dia akan jatuh cinta dengan saya pada pandangan pertama nanti." sambung Tamida selesai dengan gincunya.

" Wah, yakinnya queen kita nih!" balas Nina menepuk nepuk belakang Tamida.

" Tapi, aku rasa dia tak akan jatuh cinta dengan mudah." kata Sarah membuatkan kedua sahabatnya memandang ke arahnya.

" Dengar cerita, dia tak pernah couple lagi. Mestilah ramai gadis yang ajak dia tapi semua dia tolak." sambung Sarah dengan muka kesal. Terimbas kembali waktu dia mengajak Raymond couple, namun ditolak.

" Kenapa pula?" tanya Tamida mula menunjukkan minat.

" Aku tak tau tapi yang pastinya aku rasa dia ada suka dengan seseorang." kata Sarah memandang kedua sahabatnya silih berganti.

" Siapa?" tanya Tamida dan Nina, seakan akan berharap.

Sarah mengangkat bahu. Nina dan Tamida hilang harapan.

" Bagitaulah kami!" kata Nina menggoncang goncangkan bahu Sarah, terdesak nak ingin tau.

Sedang mereka bergaduh, Eva Verdiana sampai ke kelas. Dia mencari tempat duduk yang tinggal. Ternyata tinggal dua, iaitu di sebelah Tamida dan Diana. Kedua dua tempat itu bersebelahan dengan orang yang mahu dihindarinya.

Dia mengeluh berat.

' Pilih Diana sahajalah..' bisik batinnya. Sekurang kurangnya dia dapat menghindari para pembuli itu.

Namun, jika dilihat kembali, tempat duduk itu tetap berhubung dengan tempat duduk Tamida, tepat tepat di belakangnya.

Dengan langkah yang berat, dia melangkah ke belakang, melintasi Nina dan Sarah yang sedang bergaduh.

" Diana.." panggil Eva lemah, sememangnya malas mau bersapa dengan orang itu. Pengawas yang pernah melukai hatinya.

Dia mahu menarik kerusi itu tetapi kerusi itu terlebih dahulu ditarik oleh seorang lelaki yang juga sedang mencari tempat duduk.

Nina yang menyedari kehadiran lelaki lantas berhenti menggoncang bahu Sarah lalu memberitahu Tamida dan Sarah untuk berpaling ke belakang.

" Boleh saya duduk di sini?" tanya lelaki itu kepada Diana. Diana kelihatan terkejut. Lantas, dia mengangkat muka.

" Boleh.." jawabnya manis.

Tamida menghadap Nina kembali seraya bertanya,

" Siapa lelaki tuh?" tanya Tamida. Matanya kelihatan bersinar sinar, terkesan dengan ketampanan lelaki itu.

Sarah mengetuk kepala Tamida dan memusingkan kepalanya ke belakang.

" Bodoh, itulah Raymond!" jawab Nina dan Sarah serentak.
















You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 19, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Crush Aku Suka Orang LainWhere stories live. Discover now