Sorry pendek ') 💓 Korang bersabar lagi sebulan lebih eh😔 Update mungkin akan di upgrade lagi ')😂
Pagi yang hening, aku membuka mata. Kenapa penyaman udara ni terasa sekejap suam sekejap sejuk ni? Tapi selesa. Aku cuba betulkan pandangan kabur, baru aku sedar... Badan aku dalam pelukan Dryan. Patutlah susah nak bergerak. Tidak seperti orang lain, mereka akan terkejut kekadang terlompat manakala aku hanya tergamam. Otak puas loading apa yang buat aku tiba-tiba ada atas ni.
Nyenyak betul dia tidur, aku angkat kepala sendiri. Wajah bersih Dryan kelihatan tenang dan kulitnya yang cerah itu sudah kemerahan. Barangkali kerana sejuk, telinga dia memang merah padam. Aku keluh, ramai perempuan yang minat lelaki berkulit sederhana, barulah lelaki kata mereka manakala aku pula entahlah. Kulit Dryan ni memang menunjukkan dia orang luar, tengok paras pun tahu. Aku cakap ni sebab ralit merenung wajah dia.
Hidung sedikit tinggi, bibirnya nipis semanis senyuman nakal, bentuk mata Dryan cantik dengan cara lelaki barat, kening dan rambutnya... Aku keluh. Aku tak kisah sangat dia peluk aku macam ni sebab... Kitorang dah kahwin. Yeah, aku rasa bersalah dengan Ariq... Aku sayang lagi tapi... Entah, dah hampir tawar hati aku.
Tapi aku tak nak gunakan Dryan untuk melapiskan kesedihan aku. Lagipun dia kan suka Raisha, aku doakan yang terbaik je untuk dia. Teringatkan gadis sebaya aku itu, aku bersalah. Sebab keluarga buat kitorang jadi macam ni. Perlahan-lahan aku cuba rungkaikan tangan dia. Aku tak nak dia bangun dalam terkejut nanti. Tak pasal je aku kena maki ke, kena tuduh ke sebab ni. Aku mengalihkan badan ke sebelah sana, untung boleh pusing lagi.
Aku berjaya merungkaikan pelukan. Namun ditarik kembali saat aku cuba bangun. Malah kali ini aku dan dia makin erat. Ya Allah, kenapa dengan jantung aku ni? Aku rasa nak menangis. Sampai mengiggil badan. "Stay..." Suara garau, penat dan mengantuk itu menyapa di tepi anak telinga. Urm... Seksi.
"Dryan?"
Dia tengah mabuk tidur ke? Aku cuba rungkai lagi.
"It's too early to get out of bed, Delisha." Lalu wajahnya disembam pada belakang aku.
He answers with that sleepy, raspy, sexy, crispy, tired, morning voice again. Yeaa, aku dah merepek tapi seriously...
"Mmmm..."
Uhhh, I AM NOT COMPLAINING SIR BUT-
AAAAA!
Penat jugak jadi pervert ni, aduhai tapi Dryan hm. Mama, Reen nak menangis. Kenapa dia seksi sangat? Sumpah aku nak menangis sekarang ni.
Sudah, sudah. Baik aku sambung tidur balik sementara tunggu Subuh. Haish, aku tak kuat. Awal pagi macam ni juga dia buat hal!
AKU menguyah perlahan cornflakes yang dituang bersama susu tadi. Sunyi. Sunyi sangat ruang makan di dalam rumah ni. Aku sempat berjumpa dengan mummy dan daddy pagi tadi dan mereka nampak sangat sibuk walaupun di pagi hari. Sempat lagi, mereka minta maaf sebab tak sempat sarapan bersama. Aku faham kesibukan The Wyatt ni apatah lagi kalau banyak benda yang nak diuruskan tapi Dryan...
Aku hanya merenung dia yang langsung tidak senyum, bad mood macam naga api di awal pagi. Sudahlah cuaca dah sejuk, wajah dia pun dah bertambah tegang lagikan dingin. Aku tak pasti macam mana reaksi dia bangun tadi sebab... Yea dia bangun dulu. Mungkin sebab tu agaknya dia bad mood. Sigh, aku mengeluh lagi. Rasa macam lebih baik kalau kitorang tak sebilik.
"Aku janji dengan kau. Aku takkan sesibuk parents aku bila kita dah habis belajar." Aku tergamam. Kenapa tiba-tiba je ni? Mungkin dia perasan reaksi aku bila tahu mereka tak bersarapan bersama... Mesti Dryan fikir aku nampak keluarga dia lain. Sewel... Kau tahu... Kau tak perlu fikir macam tu. Aku faham.
YOU ARE READING
Dryan Wyatt✔️
RomanceYou make me weak but uhh whatever Dryan Wyatt. Budak nakal yang sering ditakuti ramai. Manusia yang suka membuat masalah dan cari pasal antara murid lain. Dia lelaki berdarah kacukan yang cukup menarik perhatian. Gaya rambut dan segala fizikal tent...