“Aqish!” Aku menoleh bila mendengarkan namaku dipanggil. Melihat gerangan yang memanggil, makin laju langkah kakiku. Dia buat apa dekat sini? Menyemak aje!
“Aqish Irdina!” Kali ni nama panjang aku pula disebutnya. Aku tetap buat tidak peduli.
“Aqish Irdina binti Zukri!” Haa, amik kau Aqish. Dengan nama papa sekali dia sebut. Tidak semena langkah aku terhenti. Dengan wajah bengang yang memang nak makan orang, aku berpaling memandangnya.
“Kau nak apa?” soalku kasar.
“Hai, Aqish. Long time no see. How are you, my dear?” sapa Khidir dengan senyuman gatalnya. Dia ni kalau tak mintak penampar aku, mesti dia mintak penendang aku. Dear, dear.. Kau fikir aku rusa?
“Kalau ye pun rindu dekat saya, jangan lah tatap wajah handsome saya ni lama-lama. Segan lah..” lagi sekali ayat Khidir buat aku rasa nak muntah. Baru saja aku nak melangkah meninggalkan dia, sekali lagi nama aku dipanggil.
“Kau nak apa ni? Kalau sekadar nak tanya khabar, baik tak payah. Sebab seperti yang kau nampak, aku sihat walafiat!” sedas peluru aku tembak. Biar padan muka dia. Senang aku tengok muka dia yang terkesima macam tu. Apa kau ingat perempuan yang bernama Aqish Irdina ni lemah lembut yang senang-senang kau nak mengayat? Silap orang lah..
“Awak ni makin marah.. makin comel pulak saya tengok..” ujar Khidir dengan sengihan. Ya Allah, sahlah mamat ni gila. Aku tengah marah ni sempat lagi dia duk puji puji aku. Ni memang poyo kelas pertama ni. Ayat sweet mengalahkan coklat kitkat.
“Hmm.. saya nak ajak awak keluar hujung minggu ni. Awak free tak?” sekarang barulah Khidir luahkan tujuan dia yang sebenarnya. Oh nak ajak keluar rupanya. Kenapalah dia tanya soalan yang dia sendiri tahu jawapannya? Jawapan aku mestilah.. tidak!
“Aku sibuk hujung minggu ni. Assignment Dr. Harrith tak siap lagi.”
Aku mula meneruskan langkahku. Tapi kali ni perlahan je sebab aku pasti si Khidir ni mesti akan pujuk rayu aku untuk keluar dengan dia. Bukan aku tak kenal perangai si Khidir ni. Tak habis-habis menyusahkan hidup aku. Semenjak dia luahkan rasa sukanya pada aku 2 minggu lalu, semenjak itu jugalah hidup aku dibayangi oleh dia. Kemana saja aku pergi, mesti ada dia. Hantu betul!
“Jomlah. Temankan saya tengok movie. Cerita Munafik. Saya belanja awak,” rayu Khidir. Haa, kan aku dah kata. Dia mesti rayu aku punyalah.
“Aku sibuklah, Khidir. Kau ni tak faham bahasa ke?” soalku sedikit kasar. Sebenarnya aku tak suka Khidir ikut aku macam ni. Banyak mata yang memandang. Sudah tentulah bukan aku yang dipandang tetapi Khidir! Siapa yang tak kenal mamat handsome sebelah aku ni. Budak poyo tersohor di kolej ni. Jadi sebab tulah, aku susah untuk menerima Khidir.
“Kalau tak nak dahlah. Tak payah nak tinggikan suara. Susahlah nak cakap dengan awak ni!” Aku tengok Khidir mula bengang sebab dia terus pergi meninggalkan aku. Err.. Tinggi sangat ke suara aku tadi? Tapi dia punya pasallah. Tak habis-habis nak kacau aku. Macam lah tak ada perempuan lain yang dia nak ajak keluar.
“Kenapa tu?” soal Hafiy yang entah dari mana datangnya. Matanya hanya memerhati langkah Khidir.
“Kawan kau tu lah.. Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Lepas tu bila aku menolak, dia jugak yang bengang.” Aku mula membebel. Lantaklah kalau si Khidir tu nak marah aku ke, nak benci aku ke, sekurang-kurangnya lepas ni dah tak ada lagi gangguan dari mamat poyo tu.
“Dia marah kat kau ke?” soal Hafiy lagi. Alahai, mamat ni pun satu! Kalau dah si Khidir tu blah, dan aku kat sini membebel-bebel, confirm lah kitorang baru je selesai bergaduh.
Soalan Hafiy aku biarkan sepi. Langkahku diikuti Hafiy. Aku tak tahu kenapa, tapi dua orang sahabat baik ni suka sangat ‘kacau’ aku. Khidir si ‘budak poyo’ dan Hafiy si ‘killer smile’. Dua-dua jejaka rebutan gadis dalam kolej ni. Jadi, ramai yang cemburu dengan aku. Wei, korang ingat aku suka sangatlah jadi perhatian dua jejaka hot setaf dalam kolej ni? Serabut ada lah!
“Assignment yang Dr. Harrith bagi dah siap?” Hafiy cuba untuk ubah topik. Ni yang aku suka tentang Hafiy. Tak suka mendesak. Jadi, berbanding Khidir, aku lebih suka berkawan rapat dengan Hafiy.
“Belum lagi. Aku dah tengok dah soalan yang dia bagi tu. Boleh tahan susahlah.”
“Kita buat sama-sama nak tak?” Hafiy bagi idea. Aku diam. Buat sama-sama? Hmm.. bunyinya macam seronok je. Hafiy pun boleh tahan pandainya. Tapi kalau buat bersama nanti, mesti Khidir akan join sekali. Mamat tu memang pantang tengok aku rapat sikit dengan Hafiy.
“Tak sudi ke buat dengan aku?” Ni yang aku lemah ni bila Hafiy dah mula buat muka handsome dia. Tapi bila dengan Hafiy, senang aje aku rasa nak menerima ajakannya. Mungkin sebab aku lebih selesa bersama Hafiy berbanding dengan Khidir.
“Kita nak buat bila?” soalan aku membuatkan Hafiy mengukir senyuman. Alahai, dia senyum boleh buat hati yang panas jadi cair lah.. Padanlah kawan-kawan aku selalu kata yang Hafiy ni ada killer smile. Betul-betul membunuh ni.
“Sabtu ni. Kita lepak kat Mc Donald.” kata Hafiy. Aku hanya mengangguk setuju.
“Okey.” Huh.. ni kalau Khidir dapat tahu, mesti dia kata aku ni tak adil. Sebab pilih kasih. Tak pun dia akan tuduh aku ada perasaan pada Hafiy. Tapi kalau dia tuduh aku ada perasaan pada Hafiy pun apa salahnya. Biar dia tahu, yang aku dah tak sukakan dia.
**********
YOU ARE READING
CERPEN : ALWAYS REMEMBER YOU
Short Story"If ever there is tomorrow when we're not together... there is something you must always remember. You are braver than you believe, stronger than you seem, and smarter than you think. But the most important thing is, even if we're apart... I'll alwa...