BAB 3

12 0 0
                                    

“Aqish!” baru saja aku nak mulakan suapan aku yang pertama, suara yang amat aku kenali memanggil namaku. Aku mengangkat muka. Wajah bengang Khidir aku pandang.


“Awak beritahu saya nak buat assignment Dr. Harrith. Kenapa awak keluar dengan Hafiy?” marah Khidir.


Aku menelan air liur. Terkejut sebenarnya kena sergah dengan Khidir pagi-pagi macam ni. Dahlah tu, depan kawan-kawan aku pulak. Sengaja nak menjatuhkan air muka aku. Keji betul Khidir ni. Kenapa aku keluar dengan Hafiy? Bukan dia dah tahu ke sebabnya, kenapa nak tanya pulak?


“Aku keluar dengan Hafiy untuk buat assignment Dr. Harrithlah. Yang kau nak mengamuk tak tentu pasal ni, kenapa?” soal aku pula. Saja nak tunjuk bengang aku. Dia ingat dia sorang je yang bengang. Tapi nada suaraku masih lagi aku jaga. Takut juga kalau-kalau publisiti murahan antara aku dengan Khidir hari ni diketahui orang. Walaupun pergaduhan kami sudah didengari oleh empat kawan sekelas aku ni. Huh, malu betul!


“Oh! Sebab awak nak berdua-duan dengan Hafiy lah, awak tak nak tengok wayang dengan saya?” soalan Khidir buat aku ketap bibir. Aku mula berdiri.


“Come on la, Khid. Aku buat kerja dengan Hafiy. Bukannya berpeleseran tak tentu hala. Tak payahlah nak besar-besarkan hal ni,” geram jugak aku dengan Khidir. Apa masalahnya kalau aku buat kerja dengan Hafiy pun. Aku bukannya girlfriend dia. Isteri jauh sekali.


Khidir gelak sinis. “Kenapa awak boleh senang-senang terima ajakan Hafiy, tapi bila saya yang ajak, macam macam alasan awak bagi? Apa kurangnya saya kalau nak dibandingkan dengan Hafiy?” kali ni aku nampak muka Khidir makin serius. Apa kurangnya dia dibandingkan dengan Hafiy? Banyak! Banyak sangat!


“Sebab awak playboy!” balas aku tak agak-agak. Mata-mata yang dah memandang kearah kami sudah tak aku pedulikan. Khidir aku lihat mula bercekak pinggang.


“Then apa kurangnya awak? Keluar dengan lelaki ni, keluar dengan lelaki tu. Bukan playgirl namanya? Or.. should I call you bitch!”


Aku bulatkan mata aku besar besar sebab tak percaya. Pertama kali Khidir biadap macam ni pada aku. Keluar dengan lelaki lain? Setahu aku, aku hanya keluar dengan Hafiy seorang je. Oh ya, hari tu pun aku ada keluar dengan Rafi senior aku. Tapi aku keluar itupun sebab hal study. Bukan dating! Aku mula rasa nak menangis. Dituduh perempuan murahan.. perempuan mana yang tak sentap?


“Khid, Aqish, apehal ni?” termengah-mengah Hafiy bertanya. Aku memandang Hafiy yang baru saja datang.


“Kau tanyalah kawan baik kau ni, apa dia tak puas hati sangat dengan aku.” Aku pantas meninggalkan kawasan kafeteria. Tanpa disedari, air mataku menitis laju. Gilalah kau, Khidir. Sampai hati kau marah aku dan jatuhkan air muka aku depan orang ramai. Kau ingat aku tak de perasaan ke?


Pagi ini memang meninggalkan sejarah dalam hidup aku. Aku terus mohon pertukaran ke Universiti lain untuk semester seterusnya. Aku tak beritahu Khidir. Hafiy pun tak. Hubungan aku dengan Khidir memang dah hancur. Tapi bukan ke itu yang kau mahukan, Aqish?


Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa sedih sangat. Mungkin sebab semuanya berakhir macam tu aje. Khidir pun macam nak jauhkan diri je dari aku. Mestilah dia backup best friend dia. Kenapalah dua-dua lelaki tu kena hadir dalam hidup aku? Buat aku bingung yang mana harus aku pilih. Ah Aqish.. kau tak perlu memilih. Sebab yang pasti kalau kau pilih Hafiy, belum tentu dia sukakan kau. Dan kalau kau pilih Khidir, belum tentu kau boleh suka pada dia kembali. Jadi, menjauhkan diri dari kedua-duanya adalah keputusan yang sangat tepat.

**********

CERPEN : ALWAYS REMEMBER YOUWhere stories live. Discover now