~Bab 1~

33 8 0
                                    

Aku berjalan perlahan melintasi sebuah taman. Mataku melilau melihat pemandangan sekeliling. Indah sekali. Hati aku benar-benar tenang dan bahagia. Entah, aku sendiri kurang mengerti kenapa.

Mungkin fikiran aku sudah sarat dengan masalah-masalah dunia, jadi bila sesekali dapat jejak ke tempat sebegini memang cukup menenangkan aku.

Dup!

Jantung aku seakan terhenti tatkala mataku bertatapan dengan seseorang.

Rupanya sedari tadi, ada sepasang mata sedang memerhatikan aku dari atas bangku kayu. Indah sekali wajahnya. Aku senyum sekadar menyapa dan dia membalas. Menawan. Senyuman itu  sungguh menawan.

..........................................................................

Aku membuka mata saat azan subuh berkumandang dari peti suara telefon bimbitku. Aku bangkit dan termenung di atas katil, fikiranku menerawang mengingatkan mimpi tadi. Entah kenapa hati aku merasakan sesuatu. Seperti berbunga, seperti bahagia.

Aku meraup muka dan berisghtifar memohon keampunan andainya aku telah tertipu dengan mainan syaitan. Aku berkalih pada teman sebilikku yang sedang enak diulit mimpi. Sudahnya, aku terus ke tandas untuk bersuci dan bersujud pada Ilahi.

"Awal kau bangun Sarah?" Soalku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke bilik semula selepas bersuci. Aku lihat Sarah seperti mamai dari atas katilnya.

"Aah.. tadi aku dengar..." kata-kata Sarah terhenti membuatkan aku berpaling padanya.

"Dengar apa?" Aku mengangkat kening.

"Dengar ada orang panggil kau, Yana."

Aku berkerut. Mengigau ke minah ni?

"Mengarutlah. Siapa nak panggil aku subuh-subuh macam ni?" Aku kembali mengeringkan rambut dengan tuala.

"Itulah... tapi aku betul-betul dengar. Suara... lelaki."

"Auch!" Aku mengaduh. Pedih dihujung jari.

Lelaki?

Fantasi MimpiWhere stories live. Discover now