~Bab 2~

25 7 0
                                    

Aku melihat hujung jari yang sedikit berdarah.

"Kenapa?" Aku berpaling kepada Sarah yang kelihatan 'blur'.

"Tercucuk jarum peniti ni." Aku hulurkan jari kepada Sarah. Dia memandang sekilas dan kembali berbaring.

      Fikiran aku kembali teringatkan kata-kata Sarah tentang suara lelaki yang memanggil aku sebentar tadi. Entah kenapa aku terbayangkan lelaki di dalam mimpiku itu. Ah, mengarut!

      Aku mencapai telekung dan terus menunaikan solat. Malas melayan mainan syaitan yang penuh muslihat itu.

..........................................................................

"Kelas ke?" Sapa Sarah saat melangkah masuk sekembalinya dia dari bilik air. Dengan rambutnya yang basah, terserlah kecantikan milik gadis dari Kuala Lumpur ini.

"Aah, Prof gantikan kelas yang batal semalam. Kau tak ada kelas?" Tanya aku dalam kelam-kabut mengemas beg untuk ke kuliah.

"Tak ada, kelas batal. Aku nak layan Kim Soo Hyun." Sarah tersenyum gatal.

     Aku mengangkat kening sambil tersenyum senget. Minat sangat dengan mamat korea. Aku bergegas keluar saat tersedar aku hampir tertinggal bas untuk ke kampus utama.

      Pokok besar meninggi menjadi tempat pilihan aku untuk menunggu bas yang akan sampai lebih kurang tiga minit lagi. Teduhan di bawah pepohon yang mendamaikan seawal pagi. Sesekali angin lembut menyapu muka aku, terus terasa segar.

"Yana..." gemersik suara itu lalu ditelinga aku membuatkan aku pantas berkalih ke belakang. Kosong.

    Aku menelan air liur. Aku cuba meliarkan mata melihat sekeliling, manalah tahu kalau-kalau ada manusia nak kenakan aku. Salah dengar kot. Hati aku cuba menenangkan jiwa gundah aku.

      Tepat tiga minit, kelihatan bas yang aku tunggu-tunggu semakin menghampiri. Sekilas aku melihat jam, aku tersenyum. Perkhidmatan bas syarikat ini memang terbaik. Jarang sekali mengecewakan mahasiswa dan siswi yang memerlukan kenderaan untuk ke kampus. Aku pantas melangkah masuk saat pintu bas dibukakan untuk aku. Saat itu, satu haruman wangi seolah-oleh melintasi aku membuatkan aku terpana. Wangi, sangat wangi.

      Aku kembali tersedar apabila  pemandu bas separuh abad memberikan salam tatkala melihat aku seperti patung cendana di hadapan pintu bas. Aku berdehem beberapa kali agar terbuang rasa kaget sebentar tadi. Malu apabila dipandang pak cik pemandu bas.

      "Kampus utama ya pak cik." Kata-kata aku disambut dengan anggukkan dan senyuman daripada pemandu bas itu. Aku mengambil kerusi paling hadapan kerana malas untuk berjalan ke belakang. Lagipun orang tak ramai pagi itu, cuma 3 4 orang pelajar sahaja termasuk aku yang menggunakan khidmat bas pagi tu.

       "Kita ni, manusia yang penuh kelemahan. Banyak rahsia-rahsia alam yang tak tercapai dek akal kita." Pak cik pemandu bas bersuara tiba-tiba. Dia cakap dengan aku ke? Aku berpaling kebelakang melihat kalau-kalau ada orang lain di belakang aku sebelum kembali melihat pak cik pemandu bas.

       "Apa maksud pak cik?" Aku cuba mencari jawapan.

       "Hati-hatilah nak. Kadang-kadang apa yang kita rasa benar itu sebenarnya bukan realiti. Alam kita ni ada dua. Yang penting, hati kena selalu ingat Allah. Dialah pemilik hati kita yang sebenarnya." Pak cik itu bersuara tenang.

    Dahi aku berkerut kerana cuba untuk memahami setiap bait yang pak cik itu bicarakan.

        "Kenapa..." Aku cuba meneruskan perbualan sebelum dihentikan dengan tekanan brek daripada pak cik pemandu bas.

        "Dah sampai." Pak cik itu tersenyum pada aku. Aku cuma membalas dan mengangguk tanda faham bahawa perbualan kami hanya setakat itu.

        Setelah mengucapkan terima kasih, aku terus keluar dari perut bas dan terus menuju masuk ke kawasan kampus. Langkahan aku terhenti apabila getaran dari poket sebelah kiri kurasai. Pantas tangan menyeluk poket dan mengeluarkan telefon bimbit.

         Aku mengecilkan mata melihat paparan mesej pada skrin telefon aku.

      Mika?

        ...............................................................

Fantasi MimpiWhere stories live. Discover now