2

35 3 0
                                    

Selepas balik mengajar, taehyung terus balik ke mansion ibubapa nya. Tadi dia menerima panggilan dari mama nya.

Taehyung memasuki kedalan rumah terus pergi ke ruang tamu.

"Ada apa mama nak berjumpa dengan taehyung? mama kan tahu taehyung banyak kerja nak dibuat" said taehyung. Dia duduk berhadapan mama nya yang sedang pegang gambar-gambar bakal isteri taehyung.

Mama taehyung hyeko menghulurkan gambar tu pada taehyung. "Sibuk je memanjang padahal seorang teacher je kot bukan businessman" said hyeko. Taehyung diam dan mengambil gambar dari tangan hyeko.

"Ni apa?"

Taehyung pandang gambar-gambar yang akan jadi bakal isteri nya nanti.

"Taehyung jangan buat tak tahu pula. Taehyung pilih yang berkenal nanti mama dan papa pergi masuk meminang perempuan tu"said hyeko sebelum dia menghirup kopi pada tangan nya.

"Mama berapa kali taehyung cakap, taehyung tak nak kawin lagi. Taehyung nak fokus pada career taehyung dulu so mama tak perlu bersusah payah untuk cari kan taehyung bakal isteri. Maybe satu hari nanti taehyung yang sendiri bawa bakal isteri taehyung ke mama" jawab taehyung panjang lebar.

Dia sudah letih dengan hyeko. Asal dia balik sini mesti hyeko akan tunjuk gambar perempuan pada taehyung dan taehyung tidak berminat langsung. Dia tak berminat dijodohkan dengan perempuan dia tidak cinta langsung.

"Bila? bila taehyung nak bawa bakal menantu mama ke sini? 2,3,4 atau 5 tahun akan datang? Taehyung umur kamu tu semakin hari semakin tua. Saat ni lah kawin nanti cepat-cepat mama dan papa dapat menimbang cucu" Bebel hyeko tak kalau panjang.

Ikutkan hati hyeko, dia nak je pinang anak kawan baik nya untuk taehyung tetapi hyeko masih sabar taehyung akan bawa bakal menantu nya ke sini.

Taehyung geleng kepala mendengar benda yang sama. Stress di buat nya. Kenapa lah dia dapat seorang ibu yang tidak penyabar seperti hyeko ni.

"Dan satu lagi. Bila kamu nak berhenti kerja cikgu? Papa ada business kenapa tak urus kan business papa?" said hyeko. Sejujur nya dia tidak berapa suka anak lelaki yang ini berkerja sebagai cikgu.

"Nanti nanti lah, sekarang taehyung nak fokus career taehyung sebagai cikgu bukan business. Lagipun kakak kan ada. Kakak boleh uruskan business papa"

Jawab taehyung. Taehyung lebih suka berkerja sebagai cikgu berbanding business. Bagi diri nya berkerja sebagai cikgu tidak stress dari business.

"Kakak kamu tu perempuan. Bila kakak kamu dapat anak nanti siapa nak take over posisi CEO sekarang ni. So nak tak nak kamu perlu prepared untuk jadi CEO baru" bagitahu hyeko.

Taehyung mengeluh berat lalu bangun dari kerusi untuk pergi. Dia malas nak dengar hyeko membebel.

"Teahyung duduk dulu, mama tak habis cakap lagi ni"

Taehyung mengalah dan duduk balik atas sofa tadi.

"Okay 2 minit je, lepas 2 minit taehyung pergi" said taehyung.

"Kamu dengar sini baik-baik, Papa dan mama dah sepakat kalau kamu tak bawa menantu kami ke sini dalam tempoh 2 bulan lagi, kami akan jodoh kan kamu dengan anak kawan kami faham" bagitahu hyeko yang sangat nekad untuk menjodoh kan anak lelaki nya.

"Mama apa ni? macam mana taehyung nak cari bakal isteri taehyung dalam masa 2 bulan. Papa dan mama ni ingat perkhawinan macam 'cooking show' ke?" taehyung tidak setuju.

Macam mana dia nak cari pasangan hidup nya dalam masa 2 bulan. Dia juga tak nak dijodoh kan dengan mana-mana perempuan diluar sana.

Dijodoh? zaman bila, dulu-dulu boleh lah nak dijodoh kan, sekarang zaman moden mana ada orang yang nak dijodoh kan.

"Mama dan papa tak peduli yang kami peduli adalah taehyung kena bawa bakal menantu kami dalam masa 2 bulan lagi, kalau tak taehyung akan 'ke pak ge bum ke pak ge bum' dengan anak kawan kami"

Bila hyeko cakap macam tu makna nya taehyung harus ikut macam itu juga.

Sekali lagi taehyung mengeluh berat lalu dia bangun dari kerusi, lama-lama di sini buat kepala nya stress tak lama kemudian boleh jadi gila terus.

"Taehyung balik dulu, jumpa nanti" Taehyung pergi dari situ.




----

To be continued

ENJOY

See you next chapter... 😀

IsteriKU JiranKUWhere stories live. Discover now