Aku memerhatikan gubahan pelbagai bunga yang berada di atas meja. Cantik dan wangi. Cukup untuk menyedapkan pandanganku di pagi hari yang indah ini.
Yewon memang pandai menggubah bunga. Aku tersenyum apabila teringatkan wajah ayu itu sedang tersenyum. Cantik dan nyaman. Sama seperti bunga-bunga ini.
"Haa senyum apa tu?"
Aku terkejut bukan disebabkan suara itu. Tetapi tangan kecil yang memeluk pinggangku erat dari arah belakang. Aku berpaling mencari wajahnya. Dia memandangku dengan senyuman cantiknya itu.
Aku merungkaikan pelukannya. Kedua tangannya yang lembut itu aku genggam dan dielus perlahan. Kepalaku tertunduk sedikit akibat perbezaan ketinggian kami.
"Dah pandai buat orang terkejut ekk"
"Eh terkejut ke? Sorry" Yewon pout.
"Takpe" pipinya aku capai dengan tangan kananku.
Kami berbalas senyuman. Senyuman bahagia yang tidak dapat digambarkan. Hanya aku dan dia. Berada di dunia kami. Jauh dari orang ramai. Aku tidak memerlukan hiburan yang terlalu bising. Hanya Han Yewon. Aku memerlukan dia sahaja dalam hidupku.
YOU ARE READING
✔𝒪𝓊𝓇 𝒩𝒾ℊ𝒽𝓉 • 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐢
Romance╰COMPLETE ╮ "Our night forever..." ⇨one shot story ⇨short story Start ; 24/12/20 End ; 24/12/20