Tepat pukul 8 malam, kami berjalan-jalan mengambil angin segar di pantai memandangkan rumah kami berdekatan pantai. Sama-sama berjalan sambil berpegangan tangan di gigi air. Membiarkan kaki kami direndam dengan air laut seketika yang ditolak oleh ombak. Sinaran bulan menyinarkan kawasan pantai dan menambahkan lagi suasana romantik antara kami.
Setelah unggun api dihidupkan, kami mula bermain bunga api dan beberapa mercun untuk menceriakan suasana malam kami. Kami juga menconteng pasir menggunakan ranting hanyut yang kami jumpa.
Song Min Gi
♡
Han Ye Won
Setelah penat, kami duduk beralaskan selipar. Kedua-dua kami dihulur ke hadapan. Merasai angin dingin malam bersama sambil memandang ke arah bulan yang bersinar terang di atas sana. Suasana kegemaran Yewon apabila kami melepak disini. Aku memandang wajahnya dari tepi. Dia sedang tersenyum dengan matanya yang masih memandang ke arah bulan.
Cantik.
Sangat cantik.
Aku memandang semula ke arah bulan. Hati aku mula memberikan hajat. Hajat yang aku inginkan untuk sepanjang hayatku bersama orang yang aku sayang.
"Mingi... "
"Ya?"
"Cantik bulan malam ni" aku tersenyum.
"Ya. Sangat cantik. Sama seperti orang yang ada di sebelah saya"
Dia ketawa halus mendengar gurauanku.
"Mingi... "
"Ya?"
"Janji dengan saya. Yang kita akan bersama selamanya tidak kiralah jauh ataupun dekat"
"Saya janji. Semua janji awak saya tunaikan" jawabku bersungguh.
"Dan... Jangan lupa. Malam ini adalah malam kita bersama. Selamanya"
"Our night forever... "
Aku memandangnya semula. Kosong. Tiada apa-apa melainkan unggun api yang berada tidak jauh di belakangku. Aku tersenyum. Bulan yang bersinar ditatap kembali. Masih terang seperti selalu. Sangat cantik. Seperti Yewon.
Perlahan air mataku mengalir ke pipi. Aku hanya membiarkannya. Mata dipejam untuk merasai angin yang meniup lembut wajahku. Kenangan bersama Yewon kembali terimbas. Manjanya. Gelak tawanya. Senyumannya. Aku merindui semuanya. Semua tentang Yewon.
Aku memegang dada kiri ku yang terasa sesak. Bibir bawahku digigit untuk menahan sebak. Aku rindukan Yewon. Sangat-sangat. Harini merupakan hari jadinya yang ke-24. Serta genap 2 tahun tanpa dirinya yang pergi apabila terlibat dalam kemalangan di jalan. Hari-hariku hanya ditemani dengan bayangan dirinya.
Saya harap, awak dapat rasakan bahawa saya sangat merindui awak. Saya juga berharap, awak tunggu saya disana. Saya masih memegang janji kita dulu. Hanya awak yang berada di dalam hati saya.
Saranghae Han Yewon.
YOU ARE READING
✔𝒪𝓊𝓇 𝒩𝒾ℊ𝒽𝓉 • 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐢
Romance╰COMPLETE ╮ "Our night forever..." ⇨one shot story ⇨short story Start ; 24/12/20 End ; 24/12/20