Aku berhenti di hadapan pintu. Memerhatikan segenap sudut ruangan dalaman rumah. Sehinggalah mataku dapat menangkap susuk tubuhnya yang membelakangi ku. Perlahan aku mendekatinya sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluar. Seutas rantai yang sederhana tetapi cantik dihiasi dengan beberapa manik kecil yang dibentuk menjadi kulit siput laut.
Dia sedikit kaget apabila aku memakaikan rantai itu di lehernya. Bunga yang sedang digubah olehnya terhenti. Terus pinggangnya aku peluk dan mendaratkan dagu pada bahu kirinya. Dia tidak menolak. Malahan menyandarkan sedikit kepalanya ke dadaku sambil tangannya mengelus rantai yang tergantung cantik di lehernya.
"Suka tak?" soalku.
"Suka la. Gomawo~"
Aku tersenyum bahagia mendengar jawapan dan ucapan darinya. Kepalanya dicium ringkas. Aroma dari rambutnya sangat wangi. Aku mengeratkan lagi pelukan dan dia masih membiarkan ia. Aku suka bermanja dengannya. Dia sahaja tempatku meluah segalanya. Hilangnya Han Yewon, terasa gelap duniaku.
Aku tidak minta banyak. Hanya bersama dengannya lebih lama lagi. Sehingga ke nafas terakhirku. Aku harap semuanya dimakbulkan.
YOU ARE READING
✔𝒪𝓊𝓇 𝒩𝒾ℊ𝒽𝓉 • 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐢
Romance╰COMPLETE ╮ "Our night forever..." ⇨one shot story ⇨short story Start ; 24/12/20 End ; 24/12/20