Inilah fanfic aku yang pertama selepas menyertai Wattpad semalam dan ia juga merupakan fanfic 'The Emoji Movie' aku yang pertama, juga berbahasa Melayu pertama sekali di Wattpad! Ia berkisar mengenai Gene Meh yg kecewa apabila Jailbreak telah muktamad untuk tinggal di 'Cloud' tanpa membawanya bersama selepas berjaya menyelamatkan Textopolis daripada lenyap bersama dengan terpadamnya seluruh perisian telefon pintar Alex sebelum dia ubah fikiran apabila dia mula memberanikan diri untuk menghantar sebuah mesej cinta kepada Addie! Akibat daripada kekecewaan tersebut, Gene menjadi tidak siuman dan tidak bertegur sapa dengan rakan baiknya, Hi-5 dan juga ibu bapanya, Mel dan Mary selama beberapa hari sehinggalah pada satu malam di atas bumbung rumahnya, dia tiba-tiba menyanyikan sebuah lagu Melayu terkenal bertajuk 'Jampi' (ditulis dan dinyanyikan sendiri oleh Hael Husaini) dan ini menyebabkan suaranya kedengaran di 'Cloud' sehingga menimbulkan rasa penyesalan di hati Jailbreak, lalu dia membuat keputusan untuk kembali ke Textopolis dan akhirnya, mereka dah berjaya membaiki hubungan cinta mereka pada malam itu juga! Begitulah bahana lagu 'Jampi' yang catchy sehingga pasangan kekasih yang berjauhan mampu didekatkan semula! Semoga lagu ini dapat kelayakan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 dan menang di AJL 32 tahun depan!