Sejak daripada itu, Gene Meh sudah tidak siuman! Setiap hari, tanpa sebab yang kukuh dia buat banyak perasaan tanpa henti walaupun pada masa yang dia tidak diimbas ke mesej Alex yang akan dihantar kepada Addie pada bila-bila masa sahaja! Sekejap ketawa, sekejap menangis, sekejap marah, sekejap ketakutan, sekejap... malaslah aku nak tulis perasaan-perasaan ini! Lalu, dia terserempak dengan rakan baiknya, Hi-5 seperti biasa tetapi masih tidak mahu melayannya!
Hi-5: Gene! Aku tahu kau akan terserempak dengan aku juga? Apa kata kita main 'Go Fish'?
Gene: Kau jangan nak masuk campur masalah hidup aku! Kalau nak main 'Go Fish' sangat, kau boleh sahaja cari orang lain! Jangan cari aku, faham?! *berjalan meninggalkan Hi-5 sendirian*
Hi-5: Gene... *mula merasa sedih*
(Di rumah Gene):
Gene mengunci diri dalam biliknya akibat merasa sangat sedih disebabkan hubungan cintanya dengan Jailbreak sudah berakhir! Kemudian, ibu bapanya Mel dan Mary datang dan mengetuk pintu untuk menyuruhnya berkongsi masalah dengan mereka!
Mel: Bukalah pintu ini! Janganlah buat ayah risau, nak!
Mary: Dah berapa hari kamu tak mandi dan tak makan! Kami risau kamu akan mati mengejut!
Gene: Pergi dari sini! Dunia Textopolis memang kejam!
Mel: Jangan cakap begitu, nak! Ayah nak tahu sangat masalah kamu ini! Mana tahu boleh bantu!
Gene: Baiklah! Silakan masuk! *membuka kunci pintu*
Mel: Cuba cerita dengan kami, apa yang menyebabkan kamu berubah begini?
Gene: Aku dan Jailbreak dah berjanji untuk hidup bersama dan bertahan walaupun apa sahaja masalah akan datang melanda, tetapi segalanya berubah bila saya enggan diprogram semula menjadi emoji yang hanya memiliki satu perasaan sahaja, sebaik tiba di 'Cloud'! Ini salah saya! Kalau saya terima sahaja cadangan untuk diprogram semula, mungkin Jailbreak tidak lagi rasa kecil hati dengan saya! Tetapi, semuanya sudah terlambat! Dia sudah tidak kembali ke sini lagi!
Mel: Bertenang, nak! Itu bukan salah kamu, bukan juga salah ayah dan bukan juga salah mak! Kamu kena faham! Dia bukannya kecewa dengan kamu! Dia hanya ingin tebus kesilapannya di kampung halamannya sendiri! Sebenarnya, dia tidak marah walaupun kamu enggan diprogram semula di sana tetapi dia hanya nak tenangkan diri di sana sahaja! Hakikatnya, dia masih lagi mencintai kamu dan dia juga masih ingat kamu walaupun sudah berada di sana tetapi kamu langsung tidak mahu mendengar penjelasannya kerana kamu melayan perasaan ego kamu!
Mary: Mak rasa kamu dah diserang oleh penyakit 'angau', iaitu gila cinta dengan Jailbreak!
Gene: Betulkah? Aduh, maafkan saya kerana tidak mengetahui hakikat sebenar, mak dan ayah!
Mel: Ayah rasa kamu patut nyanyi satu lagu terkenal di atas bumbung rumah malam ini, supaya Jailbreak yang berada di 'Cloud' dapat dengar suaramu lalu dia menyesal dan terus balik ke sini!
Mary: Mak setuju dengan cadangan ayahmu! Itu sahaja penawar penyakit 'angau' kamu ini, nak!
Gene: Baiklah, mak dan ayah! Saya akan melakukannya di atas bumbung pada malam ini juga!

YOU ARE READING
Jampi Genebreak
RomanceInilah fanfic aku yang pertama selepas menyertai Wattpad semalam dan ia juga merupakan fanfic 'The Emoji Movie' aku yang pertama, juga berbahasa Melayu pertama sekali di Wattpad! Ia berkisar mengenai Gene Meh yg kecewa apabila Jailbreak telah muktam...