Wira Textopolis

26 0 0
                                    

Setelah Gene Meh dan Jailbreak berjaya menyelamatkan Textopolis daripada lenyap selamanya, semua emoji di Textopolis mengadakan pesta secara besar-besaran dan menyanjung Gene Meh sebagai 'wira'. Malah, ibu bapanya Mel dan Mary serta rakan baiknya Hi-5 turut bangga dengan dia! Mereka berpendapat bahawa keistimewaan menghasilkan pelbagai perasaan, seperti tajuk lagu 'Segala Perasaan', yang terdapat pada diri Gene adalah satu kelebihan! Tiba-tiba, Jailbreak terus menyatakan satu keputusan yang mungkin akan disesali olehnya pada suatu hari nanti!

Jailbreak: Oleh kerana saya dan Gene telah berjaya menyelamatkan Textopolis daripada lenyap selamanya, saya telah membuat keputusan muktamad bahawa saya akan terus berpindah ke 'Cloud' tanpa membawa Gene dan saya tidak akan kembali ke sini lagi untuk selama-lamanya!

Gene: Apa? Awak sedar tak apa yang awak cakap ini? Awak nak tinggalkan kami semua sendirian di sini sedangkan kami semua sangat memerlukan pemimpin baru sekarang ini? Tolonglah fikir panjang sikit! Awak pasti akan menyesal nanti!

Jailbreak: Gene, saya buat keputusan ini kerana saya rindu terhadap kampung halaman saya di sana! Saya selaku seorang puteri, tidak lagi mahu berselindung sebagai seorang penggodam di sini sebab saya tahu bahawa saya memang tidak sesuai di sini! Biarlah saya habiskan sisa hidup saya dengan kehidupan lama, sebagai seorang puteri di istana sendiri daripada kekal menjadi 'orang luar' di Textopolis!

Gene: Kalau diikutkan, kamu sepatutnya membawa saya sekali sebab saya juga sudah tidak lagi tahan bergelar 'orang luar' di tempat sendiri! Kita boleh bina hidup baru di sana!

Jailbreak: Saya minta maaf tetapi saya tidak boleh membawa kamu bersama kerana darjat kita lain! Saya seorang puteri tetapi awak hanya seorang lelaki biasa yang memiliki segala perasaan!

Gene: Maksudnya, awak tak cintakan saya lagi? Begitu?

Jailbreak: Ya, tetapi...

Gene: Saya dah agak bahawa awak akan cakap begitu! Sampai hati awak hancurkan hati saya yang sedang berbunga? Jangan harap kamu boleh jumpa saya lagi! Selamat jalan! *menangis*

Jailbreak: Dengar dulu, Gene! Jangan pergi dulu! Aduhai, ke mana pula dia lari ini? Mak aih!

Mel: Gene! Jangan lari dulu, nak! Aduh, memang betul-betul dah jadi masalah besar ini! Cis!

Mary: Sabarlah, bang! Dia sedang berduka! Jangan pula menambah kesedihan anak kita ini!

Hi-5: Tunggu, Gene! Aku pun nak ikut juga! *berlari mengejar Gene yang menjauhi ruang legar*

Jampi GenebreakWhere stories live. Discover now