Mandi air panas dalam keadaan hujan dan sejuk petang itu adalah perkara yang melegakan. Penat kerja menguruskan syarikat besar bukannya senang, mental dan fizikal yang menjadi sasaran. Air terus menerus memancut dari paip mandian. Pili air di tutup, di capai tuala. Di lap seluruh badan yang sasa. Dia terus berjalan ke beranda kecil di luar biliknya. "haa penat ye abang?" seorang wanita dalam lingkungan umur 40an menyapanya dari belakang. Tangan wanita itu memicit micit bahu lelaki bertubuh sasa itu. "penat sikit sayang." kata lelaki itu sambil menangkap tangan kanan wanita itu lalu di kucupnya. "nak saya buatkan air?" soal wanita itu "boleh juga" senyum manja menjawab Wanita itu berlalu pergi dan hilang di sebalik pintu berwarna putih biliknya. Lelaki itu memandang jauh keluar dari beranda biliknya. Hujan membasahi bumi, dan lagaknya seperti tidak akan berhenti dalam beberapa jam lagi. Rahmat, tuhan menurunkan hujan. Memberi keseimbangan kepada bumi dan makhluknya. Memberikan kesegaran yang tidak ada putusnya. Tapi manusia sentiasa alpa. Alpa dengan apa yang mereka ada yang sebenarnya bukan mereka yang punya. Bila diri mulai alpa, mulalah satu persatu menjadi berantakan. Dia terkenang dirinya yang dahulu Menjadi seorang yang kosong Mula mengenali Aiman, lelaki yang memberi jalan baru untuknya, memberi pengajaran baru untuk terus hidup, memberi kefahaman tentang kasih dan sayang, cinta dan pengorbanan Mula la masa itu, aku seorang yang daif yang hanya ingin memperbaiki hidupku. Pengorbanan ku kepada maruah dan kelakian ku. Tapi tetap, aku merindu hidupku yang kata berantakan, hidup yang tiada berkat dan haram itu. Aku rindu Aiman. Aiman yang menyulam erti sayang yang sebenarnya kepadaku. Mana kau sekarang?
7 parts