BOOK #2 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (Sambungan Pada Subuh Yang Membawaku Pergi - Yaya Samad) Bismillah Satu kemalangan ngeri merampas kesemua yang dia miliki hinggakan tidak terdaya lagi. Menjadi anak yatim piatu dan tinggal sebumbung dengan salah seorang adik-beradik yang paling dibenci hadir sebagai pakej. Fahim Luth. Seorang ketua pelajar sekolah, calon harapan SPM dan sahabat kepada Iskandar Dzulkarnain. Pertemuan pertama dengan Iskandar tidaklah menyedapkan hati mana. Namun, perpisahan dengan remaja lelaki itu merentap seluruh kudrat yang ada. Ada janji yang perlu dipegang. "Aku nak kau putus dengan Zulaikha... Dia tu adik aku!" -Iskandar Dzulkarnain- "Along dah apply untuk adik masuk medical school." -Fakhri Dia tertanya-tanya, mengapa tidak ditarik sahaja nyawanya seperti yang lain? Dunia asyik menindih diri itu hingga tiada ruang untuk bernafas. "Kau patut mati dalam kemalangan tu. Hidup pun asyik menyusahkan orang." -Kak long- "Sekali pun Fahim pergi dulu, Ika tetap akan tunggu Fahim." -Zulaikha- *** Nota kaki: Buku ini ialah kisah Fahim, sahabat baik Iskandar Dzulkarnain. Boleh baca novel pertama dahulu untuk pemahaman yg jelas.