S I N O P S I S Ely atau nama sebenarnya Elizaberth Clara seorang model yang terkenal. Siapa sahaja yang tidak mengenali si model popular di dunia fesyen ini. Bila dia memperagakan baju pasti baju itu akan habis dijual dalam masa yang sekejap. Itulah impak yang ada pada gadis itu. Pertemuan Ely dan Aden adalah tidak dirancang. Mereka bertemu tanpa sengaja di hadapan sebuah masjid. Ely tertarik mendengar suara merdu azan subuh. "Cik tak nak masuk tunaikan solat subuh?" - Aden Ziqri Kerana pertanyaan Aden itu, Ely tersentak seketika. Solat? Apa itu solat? Dia tidak tahu. "Saya tak tahu solat itu apa," - Ely Walaupun dia dilahirkan sebagai Islam tapi dia tidak pernah diajar cara hidup Islam. Kedua ibu bapanya telah bercerai dan dia dibesarkan oleh neneknya dengan cara hidup bukan Islam. Ely ingin berubah dan Aden berbesar hati ingin mengajar gadis itu cara hidup Islam. Aden ingin bertanya tentang hidup gadis itu tapi dia tahu itu bukan haknya. Cukup lah dia tahu yang gadis itu berusaha mahu berubah. Tapi perubahan Ely itu dipertikaikan oleh semua orang termasuk neneknya. Neneknya sangat menentang perkahwinan ibu bapanya kerana bapanya beragama Islam manakala ibunya tidak. Bukan setakat keluarga, netizen sendiri mempertikaikan perubahan dirinya. Ada yang menyokong dan ada yang membantah. Semestinya banyak yang membantah. Tapi Ely tekad, tekad untuk berubah dan mencari kebenaran. Dia mahu mencari keredaan dari Allah SWT Start: Oktober 2024 End: ⚠DILARANG MENCIPLAK, MENIRU ATAU MENCURI IDEA DAN JUGA JALAN CERITA BUKU INI⚠ ⚠100% IDEA PENULIS⚠