Mengisahkan tentang Iqbaal Arjurna yang sudah bertunang dengan Mia Hanissa selama 5 tahun. Kini mereka berdua telah berumur 17 tahun. Namun selama mereka telah terikat dengan hubungan tersebut, mereka tidak pernah akur, mereka selalu bergaduh, dan saling tidak mengakui. Mereka tidak sama sekolah, tidak suka berjumpa. Satu hari, ayah Iqbaal dan Mia telah merancang untuk menyatukan mereka di sekolah yang sama. Mia harus berpindah sekolah. Mia sangat terkejut dengan keputusan tersebut! Dia tidak mahu berjumpa dengan Iqbaal.