IRIS ATHILIA. SEORANG GADIS BIASA. TIDAK KAYA, TIDAK JUGA BERHARTA. NAMUN DIA SEORANG GADIS YANG BERJAYA ATAS USAHANYA SENDIRI SEHINGGA MAMPU MERUBAH NASIB KELUARGANYA MENJADI LEBIH SENANG. BAGI DIRINYA, CUKUPLAH KELUARGA DAN FIRMAN IZZUDIN SENTIASA DISISI. TIADA SATU PUN HARTA KEKAYAAN DAPAT MENANDINGI KASIH SAYANG YANG MEREKA BERIKAN KEPADANYA. NAMUN, APA YANG JADI APABILA SALAH SATU KASIH SAYANGNYA PERGI BUAT SELAMA LAMANYA? ADAKAH AKAN ADA KASIH SAYANG YANG BARU BUAT DIRINYA? ATAU ADAKAH SUDAH TERTUTUP PINTU HATINYA UNTUK ORANG LAIN? ADAM MIKAEL. SEORANG JEJAKA YANG TAMPAN. BERASAL DARI GOLONGAN YANG BERADA. TIDAK PERNAH MERASAI KEPAYAHAN MENCARI WANGNYA SENDIRI. SEMUANYA SUDAH TERSEDIA SEJAK KECIL. SEBUT SAHAJA ADAM MIKAEL ANAK DATO SULAIMAN. SIAPA SAHAJA TIDAK KENAL? PLAYBOY BESAR KUALA LUMPUR. BERAPA BANYAK ANAK GADIS PERNAH MENJADI MANGSANYA. ADA JUGA YANG SANGGUP SERAHKAN SEGALA GALANYA DEMI INGIN BERDAMPINGAN DENGAN ADAM MIKAEL. TAPI, TIDAK ADA SEORANG PON YANG BERJAYA MENCURI HATINYA. BAGI ADAM MIKAEL, MEREKA SEMUA HANYA MAHUKAN DUITNYA SAHAJA. NAMUN, APABILA BERTEMU DENGAN IRIS ATHILIA, HATINYA BAGAI DIJENTIK SATU PERASAAN YANG ANEH YANG TIDAK PERNAH DIRASAINYA SEBELUM INI.