Chapter 3

6 1 0
                                    

Seharian Iris Athilia dibawa jalan jalan oleh Firman Izzudin. Macam macam dibelikannya. Beg tangan baru, jam tangan baru, alat solek baru, baju baru. Semuanya dibayar oleh Firman Izzudin. Banyak kali ditolak baik oleh Iris Athilia, tetapi Firman Izzudin tetap berdegil untuk membelikan semuanya untuk Iris Athilia.

"Bie beli banyak banyak ni nak buat apa? Membazir je. Baik kita simpan guna lepas kahwin."

"Ala sayang. Bie saja nak belanja tunang kesayangan bie ni. Bukan selalu."

Kereta dipandu tenang. Sesekali, Iris Athilia akan dikerling. Dipandang dengan penuh kasih.

"Kenapa pandang Lia macam tu?"

"Saja. Sebab sayang nampak cantik sangat harini. Bie nak tengok sayang puas puas. Nanti bie rindu."

"Hahaha. Ada ada je la bie ni. Kita dah nak kahwin tau. Nanti setiap hari bie hadapla muka Lia ni 24 jam sampai bosan. Sampai tak sempat nak rasa rindu."

Firman Izzudin hanya tersenyum mendengar kata kata Iris Athilia.

Kereta terus dipandu hingga sampai ke satu kawasan bukit. Kereta diberhentikan. Mereka berdua keluar dari perut kereta.

"Kita dekat mana ni bie? Best nya. Sejuk."

Angin bertiup dingin ke tubuh Iris Athilia. Sungguh nyaman keadaan di situ.

"I have surprise for you. Tadaaa!"

Dihujung bukit terdapat beberapa buah bangku dan meja. Diatasnya terdapat 3 batang lilin aroma dihiasi dengan beberapa tangkai bunga ros.

"Bie sediakan semua ni?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bie sediakan semua ni?"

"Yela. Bie la yang sediakan. Jom lah sayang. Kita duduk dulu."

Mereka berdua duduk berhadapan. Dengan angin sepoi sepoi bahasa, diindahkan lagi dengan pemandangan yang menarik dihadapan mereka.

Seorang pelayan datang mengambil pesanan. Selang beberapa minit, pelayan yang sama datang kembali sambal menatang makanan yang dipesan oleh mereka berdua. Mereka terus menikmati hidangan yang telah disediakan dengan penuh berselera.

"Sayang. Bie nak ucapkan terima kasih banyak banyak sebab sayang sudi terima bie. Walaupun bie ni banyak sangat kekurangan tapi sayang terima bie seadanya. Bie nak sayang tahu bie cintakan sayang sangat sangat. Bie akan cintakan sayang sampai hujung nyawa bie. Sayanglah orang pertama dan orang yang terakhir ada dalam hati bie. Tak ada orang lain yang dapat gantikan tempat sayang. Andai kata jadi apa apa dekat bie, bie harap sangat sayang jaga diri baik baik. Bie nak sayang hidup bahagia."

Iris Athilia berasa hairan dengan kata kata Firman Izzudin. Dari rumah lagi dia sudah berasa pelik. Tunangnya itu tidak seperti selalu.

"Bie cakap apa ni? InsyaAllah takkan ada apa apa yang jadi dekat bie. Kita kan dah nak kahwin. Lia pon cintakan bie. Cinta sangat sangat. Sepatutnya, Lia yang kena berterima kasih dekat bie, sudi jaga Lia. Sampai Mak Abah pon percayakan bie. Bie bukan setakat tunang. Bie la boyfriend, bie la abang, bie la kawan baik Lia. And Lia rasa, tak ada siapa boleh tahan dengan perangai Lia kecuali bie."

"Bie ikhlas sayangkan Lia. Bie akan sayangkan Lia sampai bila bila."

Wajah Iris Athilia ditenung dalam. Entah apa yang ada dalam fikiran Firman Izzudin ketika itu pon dia tak tahu.

********************

Tepat jam 9.45 malam, seperti yang dijanjikan. Firman Izzudin sudah pon berada di hadapan rumah orang tua Iris Athilia.

"Thanks bie, sebab bawa Lia jalan jalan. Belanja Lia macam macam. Lia appreciate sangat sangat."

"Anything for my girl."

Sebelum Iris Athilia keluar dari pintu, dia di tahan oleh Firman Izzudin.

"Lia, I just want you to know that I love you so much. And I'll miss you so bad."

"I love you more and I'll miss you too. But it's okay. Esok kita jumpa lagi okay. Bie drive elok elok tau. Sampai rumah call Lia ye. Lia masuk dulu ya. Assalamualaikum.

"Waalaikumsalam."

********************

Iris Athilia tersenyum bahagia. Selesai sahaja membersihkan diri, terus dirinya terbaring diatas katil. Terimbas kembali momen momen indah antara dia dan Firman Izzudin. Barulah dia teringat. Sudah hampir 2 jam. Firman Izzudin masih belum menghubunginya.

Takkan tak sampai rumah lagi. Tak apa lah. Biar aku yang call.

Beberapa kali Firman Izzudin cuba dihubunginya, namun sekali pon tidak diangkat. Hatinya sudah berasa tak sedap.

"Mana bie ni. Angkatlah call. Jangan buat Lia risau."

Iris Athilia tidak berputus asa. Berkali kali nombor Firman Izzudin dihubunginya. Namun, masih hampa.

Tiba tiba, dia dihubungi oleh Luqman, kawan Firman Izzudin.

"Helo Lia."

"Helo Luq. Haa kenapa kau call aku malam malam ni?"

"Izz wei. Izz accident. Sekarang ni Izz ada dekat emergency HKL. Aku otw ni."

Nak luruh jantung Iris Athilia mendengar perkhabaran tersebut. Terus panggilan tersebut dimatikan. Dicapainya tudung dan bersiap ala kadar untuk ke hospital.

"Eh, Lia. Lia nak pergi mana lewat malam macam ni?"

"Izz bah. Izz accident." kata Iris Athilia sambal menangis teresak esak.

"Allahuakbar. Kejap. Tunggu abah. Biar abah yang drive."

********************

Tidak putus putus doa dari Iris Athilia supaya Firman Izzudin terus kuat.

Bie kena kuat. Lia tahu bie kuat, Lia tahu bie boleh survive. Jangan tinggalkan Lia, please. Lia yang tak kuat kalau tak ada bie.

Setibanya dihospital, Iris Athilia terus menuju ke wad kecemasan. Kelihatan Luqman dan kawan kawan Firman Izzudin yang lain sudah berada di situ.

"Luq, macam mana dengan Izz?"

"Izz still dekat dalam. Doctor tengah check."

"Macam mana Izz boleh accident?"

"Dorang kata, ada orang cuba nak rompak. Penuh jalan tu dengan paku. Izz nak elak kena paku. Tu yang accident langgar divider."

Seketika kemudian, doktor pon keluar.

"Doktor, macam mana dengan Izz?"

"Cik ni siapa? Ibu bapa pesakit mana?"

"Saya bakal ayah mertua Izz. Ini anak saya, tunangnya Izz. Izz dah tak ada ibu bapa. Dia anak yatim."

"Oh. Begini pak cik. Encik Izzudin mengalami pendarahan yang agak teruk dan berlaku gegaran otak akibat hentakan yang kuat. Buat masa ni, saya tak berani nak cakap apa apa. Tapi, chances untuk Encik Izzudin selamat tu agak tipis. Tapi, pak cik dan semua jangan risau. Kami akan cuba sehabis baik untuk selamatkan Encik Izzudin. Kita semua berdoalah semoga Encik Izzudin kuat lawan."

Terduduk Iris Athilia mendengar perkhabaran dari doktor tersebut.

Ya Allah. Tolonglah selamatkan Izz. Aku tak nak kehilangan dia Ya Allah. Berilah Izz kekuatan untuk lawan sakitnya. Berilah kesembuhan kepada Izz. Tolonglah Ya Allah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hanya KamuWhere stories live. Discover now