Kringgg... kringg...
Pap! Selimut diselak. Rambut nya yang lurus panjang mngurai disanggul tinggi. Kakinya terus dibawa melangkah ke kamar mandi di dalam biliknya.
Selang beberapa minit membersihkan diri, Iris Athilia keluar lalu terus merapi dirinya. Sebelum bersiap untuk ke tempat kerja, dia menunaikan tanggungjawabnya yang utama dahulu. Sesudah itu, disarungnya seluar slack hitam beserta kemeja putih susu. Kemudian disarung blazer hitam. Wajahnya yang putih bersih dihias tipis dengan bedak dan pemerah pipi. Bibirnya yang munggil dioles dengan gincu berona nude, Rambutnya diikat kemas supaya pemakaian tudungnya menjadi lebih selesa.
Iris Athilia menuruni anak tangga untuk ke dapur. Semerbak haruman wangi nasi goreng bonda tercinta, Puan Rozinita.
"Assalamualaikum, selamat pagi mak abah."
"Waalaikumsalam. Selamat pagi tuan puteri." Seloroh ayahanda tercintanya itu, Encik Borhan.
Iris Athilia merupakan anak tunggal Encik Borhan dan Puan Rozinita. Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Namun begitu, Encik Borhan dan Puan Rozinita tidak pernah memanjakan Iris Athilia. Mereka sering mengingatkan Iris Athilia untuk sentiasa bersederhana memandangkan mereka pon bukan lah dari golongan yang senang. Encik Borhan merupakan pesara kerajaan manakala Puan Rozinita merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Sekarang, Iris Athilia lah yang menyara mereka sekeluarga.
Sedang mereka anak beranak menikmati sarapan pagi, Encik Borhan bersuara,
"Lia, bila kamu dengan Izz nak kahwin? Kamu berdua dah tunang lama. Tak elok lah bertunang lama lama. Kan lagi elok, lagi manis kalua dihalalkan aje hubungan kamu berdua tu."
"Lia dah tanya Izz, bah. Tapi katanya sekarang busy. Banyak kerja dekat office. Biarlah Izz settlekan dulu kerja dia. Nanti dah settle baru fikir pasal kahwin."
"Hmm. Dah kalua itu kata kamu. Abah ikutkan sajalah."
Sesudah menikmati sarapan, Iris Athilia berangkat untuk ke tempat kerja. Dinaikinya Myvi kelabu miliknya untuk ketempat kerja.
Iris Athilia merupakan seorang akauntan di sebuah syarikat terkemuka ibu kota, Mahkota Holdings. Sebuah syarikat perhotelan yang sangat berjaya. Banyak cawangan hotel mereka di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Mahkota Holdings merupakan milik Dato Sulaiman, seorang jutawan Malaysia yang tidak asing lagi.
Sampai sahaja di Mahkota Holdings, Iris Athilia parking kereta dekat tempat yang disediakan. Iris Athilia merupakan gadis yang sangat murah dengan senyuman. Semua pekerja Mahkota Holdings senang dan selesa dengan dirinya.
"Assalamualaikum Pak Samad. Pak Samad dah sarapan?" sapa Iris Athilia dengan salah seorang sekuriti Mahkota Holdings.
"Waalaikumsalam Lia. Alhamdulillah. Pak Samad baru je sarapan tadi. Nasi lemak. Mak Timah kau masak pagi tadi."
"Ye ke? Mesti sedapkan. Nanti bawak kan la untuk Lia. Nak juga merasa nasi lemak Mak Timah."
"Boleh, boleh. InsyaAllah nanti Pak Samad suruh Mak Timah kamu tu masak nasi lemak lagi. Pak Samad bungkus siap siap untuk kamu ya."
"Haaa.. Macam tu la Pak Samad. Okay la. Lia naik pejabat dulu la ya. Takut lambat pulak. Assalamualaikum."
Semua pekerja yang dijumpa pasti akan disapa dengan penuh mesra tidak kira pangkat. Sekuriti, kerani, kaunter pertanyaan hatta cleaner pon disapanya.
Sampai sahaja dibiliknya, Iris Athilia terus memulakan tugasnya.
********************
Leka menyiapkan kerja, jam sudah menginjak ke pukul 7 petang.
"Allahuakbar. Dah pukul 7. Tak sedar langsung."
Iris Athilia mengurut tengkuk dan lehernya. Satu hari suntuk menghadap laptop. Memang boleh buat sengal satu badan.
Ketika sedang mengemas meja untuk bersiap pulang, telefon pintarnya berbunyi. Terpampang nama "Love", lebar senyuman Iris Athilia. Buah hati call, siapa je tak suka kan.
"Helo, bie."
"Helo, sayang. Sayang dekat mana tu? Dah makan?"
"Still dekat office ni. Busy sangat menghadap laptop ni. Tak sedar dah pukul 7. Ni nak siap siap balik. Bie dekat mana?"
"Bie ade dekat depan Mahkota Holdings ni. Bie rindu laa. Nak jumpa sayang. Jom kita pergi makan."
"Laaa ye ke. Okay kejap eh. Sayang kemas kemas. Sayang terus turun."
"Okay sayang. Take care"
********************
Sedang menikmati makan malam bersama, Iris Athilia teringat akan kata kata abahnya pagi tadi.
Patut ke tak eh aku tanya. Kalau tanya, takut dia kata aku pushy. Kalau tak tanya, sampai bila nak tunggu. Hmm. Redah je laa.
"Bie, pagi tadi abah dah tanya. Bila kita nak kahwin. Kita pon dah lama tunang kan. Duit simpanan bie tak cukup ke? Kalau tak, kita kongsi duit je."
Suapan Izz terhenti. Air milo ais miliknya disedut perlahan.
"Sayang. Sayang tahu kan betapa sayangnya Izz dekat Lia. Izz tak nak hilang Lia. Izz nak Lia jadi orang terakhir dalam hidup Izz."
"Ye. Lia tahu. Lia pon sama juga. Lia sayang Izz sangat sangat. Lia nak Izz jadi suami Lia, imam Lia, syurga Lia. Tapi untuk semua tu jadi, kita kena kahwin."
Izz terdiam lama. Wajah Lia dipandang lembut.
"Okay, kita kahwin."
"Izz serious ke ni?" Iris Athilia memandang dalam wajah tunang kesayangannya itu untuk mendapatkan kepastian.
"Iya. Izz serious. Kita kahwin. Nanti hujung minggu ni, Izz datang rumah bincang dengan mak abah."
"Thank you bie. I love you so much. Nanti Lia bagitahu abah dengan mak."
"Sure, honey. Anything for you."
********************
Rancangan majlis perkahwinan Iris Athilia dan Firman Izzudin berjalan dengan lancar. Dewan, katering, kursus kahwin, tok kadi, baju pengantin. Satu persatu diselesaikan mereka berdua.
Ketika Iris Athilia sedang ralit menyiapkan kerjanya di pejabat, dia ditegur oleh seseorang.
"Uit. Busy betul sampai tak sedar aku dekat pintu ni." Syurah, rakan sepejabat Iris Athilia merangkap kawan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Alhamdulillah rezeki mereka berdua dapat bekerja dalam satu pejabat.
"Busy laa. Dah hujung bulan kan. Report nak kena hantar. And aku kena siapkan kerja sebanyak yang boleh before aku start cuti nanti."
"Semangat betul bakal pengantin kita ni ya."
"Eh, haruslah!! Nak kahwin dengan cinta hatiku."
"Welk. Kembang tekak aku dengar. Nak muntah tau tak."
"Eleh, jealous cakap je la. Haa kau datang bilik aku ni nak apa sebenarnya?"
"Allahu lupa. Ni, Dato Sulaiman panggil kau."
"Oh ye ke. Okay, jom. Nanti apa pulak kata Dato buat dia tunggu."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai guys. It's been a while. Hmm... Not a while I think but it's been a long time no see. Lama I tak update my story. My first story tu I stop dulu sbb dah lupa jalan cerita yang I nak buat. But for now, I dpt ilham nak buat new story. I hope everyone will like it, and will support my journey
YOU ARE READING
Hanya Kamu
RomanceIRIS ATHILIA. SEORANG GADIS BIASA. TIDAK KAYA, TIDAK JUGA BERHARTA. NAMUN DIA SEORANG GADIS YANG BERJAYA ATAS USAHANYA SENDIRI SEHINGGA MAMPU MERUBAH NASIB KELUARGANYA MENJADI LEBIH SENANG. BAGI DIRINYA, CUKUPLAH KELUARGA DAN FIRMAN IZZUDIN SENTIASA...