Chapter 2

5 0 0
                                    


Iris Athilia berjalan beriringan bersama Syurah. Syurah terus ke meja kerjanya manakala Iris Athilia terus menuju ke bilik Dato Sulaiman.

Tok tok tok !!

Setelah keizinan diberi, Iris Athilia menolak pintu dengan perlahan dan berdiri di hadapan meja Dato Sulaiman.

"Athila. Have a seat. Saya dapat surat dari HR, katanya awak nak apply cuti 2 minggu."

"Ye Dato. Saya mohon cuti 2 minggu untuk majlis perkahwin saya. Saya harap Dato luluskan."

"Awak nak kahwin? Wow, tahniah. Tak sangka staff kesayangan saya ni dah nak kahwin. Baru saya nak buat jadi menantu."

"Dato jangan cakap macam tu. Segan saya."

"Hahaha. Kenapa pula awak nak segan. Saya cakap benda yang betul. Sepanjang awak bekerja disini, akaun kita cantik je. Tak pernah ada problem. Awak pon committed waktu bekerja. Susah tau nak cari staff yang macam awak sekarang ni."

"Alhamdulillah. Dah itu tugas saya, tanggungjawab saya. Saya kena jalankan sebaik mungkin."

"Baguslah kalau macam tu. Sepatutnya, sikap macam ini yang perlu ada dalam semua fresh graduate. Bukan awal awal je beria. Last last, hmm hampeh. Masuk office lambat, kerja asyik tangguh. Takpe la. Permohonan awak saya luluskan. Jangan lupa jemput saya ye."

"Terima kasih Dato. InsyaAllah saya mesti jemput Dato dan Datin. Nanti saya bagi kad jemputan."

Antara benda yang sangat Iris Athilia suka bekerja di Mahkota Holdings ialah kerana keramahan Dato Sulaiman sendiri. Walaupun beliau berstatus Dato, namun beliau tidak sombong dengan pekerja pekerjanya yang lain. Tidak kekok untuk mereka berbual dengan Dato Sulaiman. Kebajikan setiap pekerja juga sentiasa terjamin. 

********************

Habis sahaja waktu bekerja, seperti biasa. Iris Athilia akan bertemu dengan bakal suaminya, Firman Izzudin untuk makan malam bersama. Memandangkan hari bahagia mereka semakin hampir, perancangan majlis perkahwinan menjadi topik perbualan sepanjang masa.

"Lia dah call orng yang buat kad jemputan. Dorang kata maybe dalam minggu depan siap. So kita boleh la start edarkan dekat kawan kawan."

Sepanjang makan malam itu, Izz hanya berdiam diri sahaja. Kadang kadang dipandangnya wajah Iris Athilia dengan penuh kasih. Kadang kadang dia termenung jauh. Iris Athilia sudah lama perasan akan perubahan sikap tunangnya itu. Tapi dia tidak mahu berfikiran yang bukan bukan.

Izz penat kot. Nak settlekan semua kerja dia before majlis.

"Sayang. Esok sayang ada plan?"

"Esok eh. Hmm... Rasanya tak ada. Duduk rumah je la kot. Kenapa?"

"Esok sayang siap cantik cantik ya. Bie nak bawak sayang dating."

"Dating? Dating mana?"

"Adalah. Just siap cantik cantik tau. Esok pukul 10 bie datang jemput sayang dekat rumah."

********************

Selesai sahaja menunaikan solat Subuh, Iris Athilia tidak sambung tidur seperti kebiasaannya. Dia terus mencari baju yang sesuai untuk dipakai memandangkan dia ada janji temu dengan tunangnya, Firman Izzudin.

Hmm... Nak pakai baju apa? Izz tak cakap pon nak pergi mana. Nak pakai dress ke, seluar je ke? Kang aku pakai dress, dia bawak aku lepak mapley macam mana. Tapi, izz dah kata nak bawak dating. Takkan mapley kot. Hmm... Buntu guwe...

Setelah hampir 1 jam berada dihadapan almari, Iris Athilia memilih t-shirt putih tuck in dengan palazzo putih ditambah aksesori tali pinggang hitam. Bagi menaikkan lagi seri gayanya pada hari itu, dia mengenakan kemeja atau flannel kotak hitam. Wajahnya dihias tipis memandangkan wajahnya sudah pon cantik walaupun tidak mengenakan sebarang makeup. Akhir sekali, dia menggayakan shawl hitam untuk melengkapkan gayanya sebagai seorang muslimah.

Berpuas hati dengan penampilannya pada pagi itu, Iris Athilia terus turun ke bawah untuk bersarapan sambal menunggu ketibaan tunangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berpuas hati dengan penampilannya pada pagi itu, Iris Athilia terus turun ke bawah untuk bersarapan sambal menunggu ketibaan tunangnya.

"Amboi, cantiknya. Lia nak pergi mana ni?" tanya Puan Rozinita.

"Lia nak keluar kejap mak. Dengan Izz."

"Kamu berdua tu darah manis. Jangan selalu sangat keluar berdua. Tak elok. Kurang kurangkan. Nanti dah kahwin, haa keluar la dating, taka da siapa larang"

"Iya mak. Lia tahu dan Lia ingat pesan mak. Ni pon, Izz yang ajak. Lia pon tak tahu Izz nak bawa pergi mana. InsyaAllah Lia dan Izz hati hati ye. Abah mana mak?"

"Abah tengah Dhuha"

Sebut sahaja nama, tuan empunya badan pon tiba.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Haa tu Izz dah sampai."

"Izz, masuklah dulu. Makan. Mak hidangkan ya."

"Eh, tak payah susah susah mak. Izz nak bawak Lia pergi makan. Izz nak minta izin bawak Lia keluar. Mungkin balik lambat sikit lah."

Tiba tiba Encik Borhan pon keluar dari biliknya.

"Lambat pukul berapa tu Izz? Jangan lambat sangat. Kamu berdua tu darah manis. Tak elok keluar malam lama lama."

"InsyaAllah sebelum pukul 10 Izz hantar Lia balik. Mak dan abah jangan risau. Izz janji Izz akan jaga Lia macam mana Izz jaga diri Izz sendiri. Macam mana Izz ambil anak mak abah, macam ni jugalah Izz akan pulangkan."

"Kalau kamu dah kata begitu, abah percaya dengan kamu. Jaga anak abah ni elok elok ye. Jangan buat benda bukan bukan. Jaga diri ye."

"InsyaAllah abah. Kalau tak ada apa apa, kami gerak dulu ye."

"Baiklah hati hati."

Iris Athilia menyalami tangan kedua ibu bapanya tanda hormat sebelum keluar rumah. Begitu juga dengan Firman Izzudin. Ketika menyalami tangan kedua orang tua itu, sempat dia berkata kata,

"Mak, Abah. Izz dah anggap Mak dan Abah macam ibu bapa Izz sendiri. Memandangkan Izz pon memang anak yatim piatu. Izz sayang sangat dekat Mak dan Abah. Terima kasih sebab sudi terima Izz dalam keluar Mak, Abah. Terima kasih kerana percayakan Izz untuk jaga Lia. Izz minta halalkan semua makan minum Izz dekat sini. Izz minta maaf kalau Izz ada buat salah, buat Mak Abah terasa."

Sayu sungguh kata kata Firman Izzudin. Iris Athilia sudah berasa tidak sedap hati, namun dibiarkan sahaja perasaannya berlalu gitu.

"Apa Izz cakap ni. Izz tak ada salah apa apa pon dekat Mak Abah. Mak Abah yang kena berterima kasih dekat Izz. Sebab Izz tolong tengok tengokkan Lia, jaga Lia. Nak harapkan kami, kami ni dah tua. Kami sebagai mak bapak mampu berdoa je semoga anak anak kami selamat. Mak Abah memang dah anggap Izz macam anak kami sendiri. Bukan orang luar, bukan menantu. Kamu anak lelaki kami. Kami sayang kamu sama macam kami sayang Lia."

Menitis air mata jantan Firman Izzudin dihadapan keluarga kecil Encik Borhan. Puan Rozinita juga tidak dapat menahan rasa sebak dengan kata kata suaminya, malah mengiakan setiap bait kata suaminya. Memang benar, dia sudah pun menganggap Firman Izzudin macam anaknya sendiri. Tambahan pula mereka tiada anak lelaki.

"Terima kasih Mak, Abah. Terima kasih untuk segalanya. Izz dan Lia minta diri dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hanya KamuWhere stories live. Discover now