ແ්౿ misteri | pengembaraan ᎒ງ Dimana masa lampau dan masa hadapan itu bergabung? Nafasnya ditarik dalam sebelum mengatakan sesuatu. "Ayah," ujar Mikayla. Ayash mengangkat kepalanya memandang Mikayla. Dibiarkan sahaja panggilan 'Ayah' itu. Sudah beberapa kali juga dia menegur supaya memanggilnya Ayash, tetapi 'Ayah' juga yang dipanggilnya. Gila mungkin. ----- Siapa sahaja yang sanggup kehilangan seorang Ayah yang tersayang. Agak mustahil untuk seseorang yang menghidap penyakit berbahaya untuk terus melihat bumi. Bagai maut yang kian menjemput di depan pintu. Tetapi sedar lah bahawa tiada yang mustahil bagi Allah untuk setiap sesuatu kejadian. "Wahai Ayah, Mikayla datang untuk selamatkan Ayah. Dimana saya datang dari masa hadapan dan Ayah kembali ke masa lampau," jelas Mikayla sambil cuba untuk mempercaya kan Ayahnya. Ayash diam, kerongkongnya terasa tersekat untuk bersuara. "Ayah, percayalah.. tidak mustahil semua ini untuk Allah lakukan. Saya datang ke sini kerana Ayah akan mendapat penyakit yang merbahaya, iaitu penyakit pneumonia," terang Mikayla, matanya sudah mula bertakung. ---- Mampukah seorang gadis datang untuk mengubah hidup si Ayah? Berjayakah ia di alam yang berbeza itu? Adakah Ayahnya akan akhirnya mati jua? Semuanya bakal terjawab didalam kisah ini!