BAB-5

53 21 2
                                    

Seminggu sudah berlalu.

Allhamdulillah semua berjalan dengan lancar, Sejak hari itu Ayah sudah tidak lagi menyentuh dadah. Malah lebih mengembirakan Ayah juga turut berhenti dari berkerja sebagai pembungkus dadah.

Sedikit sebanyak aku disini membuatkan aku telah mengetahui punca kenapa Ayah boleh terjerumus ke arah yang salah begini.

Rupanya Ayah sudah kehilangan keluarga sejak berumur 13 tahun, keluarga Ayah mengalami kemalangan sewaktu hendak mengambil Ayah pulang dari asrama.

Dan kejadian itu terus membuatkan Ayah sudah hilang minat belajar, lalu Ayah tinggal bersama Nenek, moyangku. Sehingga meningkat dewasa, Ayah mendapat tawaran berkerja sebagai pembungkus dadah, siapa saja yang tidak mahu apabila gajinya itu cukup lumayan!

Dan hari ini semuanya sudah berakhir, Ayah sudah tidak lagi terjerumus ke arah yang salah. insya Allah.

Dan Ayah juga sudah tidak lagi asyik merokok, perlahan-lahan kegiatan itu mundur jua seperti yang aku mahukan.

Aku meraup penuh kesyukuran.

'Terima kasih Ya Allah, Engkau telah berikan aku kesempatan yang amat bermakna ini.' ucap ku didalam hati.

•••

"Kenapa kita ke sini lagi?" tanya Ayash sambil mengerling ke setiap sudut lorong gelap tersebut. Fikirannya mengimbau kembali sewaktu dia dipaksa untuk menyedut dadah oleh Zol dan Man itu.

Mikayla tersenyum, "Maaf Ayah, Mikayla dah nak kena pergi.. seronok rasanya dapat jumpa Ayah disini, tetapi lagi seronok kalau Mama pun ada.. Ayah kena kuat, lawan sakit ayah tu tau," luah Mikayla, perasaannya kini bercampur baur.

Ayash terdiam sejenak, suaranya sekali lagi seakan hilang untuk bersuara.

Mikayla menggenggam erat tangan Ayahnya seraya berkata, "Masa telahpun berubah, Ayah. Mikayla harap ini peluang untuk Ayah berubah," luah Mikayla bernada sayu.

Ayash hanya tersenyum kelat, sambil mengangguk perlahan.

Tanpa membuang masa, Mikayla segera berlari ke hujung lorong sambil melambai tangan ke arah Ayahnya, "bye-bye Ayah, jumpa lagi!" teriak Mikayla, air matanya mengalir laju jatuh ke pipi.

Ayash sekadar menghantar dengan pandangan. Dia menyatakan bahawa semua ini hanya mimpi!

Tetapi benar.. Mikayla sudah tidak lagi kelihatan di lorong itu. Lututnya tiba-tiba terasa lemah, lalu dia jatuh terduduk tanah.

Ayash meraup wajah dengan kasar, matanya mula berkaca. Hatinya sakit, dia tidak pernah merasakan begitu sakit sekali kehilangan seseorang walhal dirinya sudahpun pernah merasai kehilangan keluarganya sendiri.

Tetapi rasa sakit itu tidaklah sesakit kehilangan seseorang yang hadir begitu sekejap sekali.

Kepalanya tertunduk. Menahan pilu.

Tiba-tiba.. ada seseorang menyentuh lembut bahunya.

"Are you okey?"

Ayash mengangkat kepalanya memandang gerangan itu.

Dia terpegun seketika, wajah itu.. wajah itu seakan-akan mirip dengan wajah yang menggelarkan anaknya tadi, Mikayla.

Wanita itu dalam lingkungan 20 tahun dan ditangannya memegang kunci kereta dan fail-fail kerja.

Ayash memandang lama wanita itu, jantungnya berdegup kencang. Wajahnya sungguh tenang bagai  langit membiru.

Mata mereka berdua mula bertaut lama.

Mata mereka berdua mula bertaut lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAMAT•

( don't forget to press the vote button, thank you)

ᯓ₊° CHANGESWhere stories live. Discover now