Terkurung dalam kegelapan yang dipenuhi duka, Zuhaira dan Thaqif sama-sama berusaha mencari makna bahagia. Sama-sama berusaha membebaskan diri dari penjara jiwa yang menyeksa. Benarkah sinar cahaya yang selama ini kelihatan jauh di hujung sana, sebenarnya memerlukan mereka melangkah setapak sahaja lagi ke hadapan untuk digapai?