PILIHAN HATIKU ©️ 2024 Status: On-going Muhammad Hezra | Najiha Asyikin Kerana patah hati, Najiha buat keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain. Hanya kerana dia mahu membuang satu nama yang pernah singgah di hati. Pada awalnya, perkahwinan mereka nampak bahagia. Siapa sangka dalam diam si suami buat sesuatu tanpa pengetahuannya. Sesuatu yang mungkin meranapkan seluruh hati yang cuba diberi buat sang suami. "Lepaskan saya Is! Saya tak nak teruskan perkahwinan ni lagi." - Najiha Najiha kesal. Perpisahan dituntut. Dia rela melepaskan bekas suami kerana tidak mahu terus menerus menyakiti hati sendiri. Ketenangan mula dicari. Untuk seketika Najiha tenang hidup sendiri, namun semuanya berubah tatkala si dia datang menagih sebuah harapan. "Abang janji abang akan betulkan balik semuanya. Sudi tak Jiha jadi isteri abang?" - Hezra "Tolong jangan paksa Jiha." - Najiha Hati berbelah bagi. Najiha takut andai dia serahkan hati buat kali kedua dia bakal dikecewakan. Hezra tak berputus asa. Dia sudah berjanji. Berjanji untuk kembalikan Najiha yang dulu. Najiha yang memandang dia penuh rasa cinta bukan dengan rasa kebencian. Akankah terbuka hati Najiha buat Hezra setelah Hezra berusaha untuk mendapatkan kembali hati Najiha? Dan siapa pemilik sebenar di hati Najiha? Start: 2/1/2024 End: