Terdongak kepala Najiha memandang bungkusan plastik Family Mart diletakkan di atas meja makan. Dahi berkerut melihat si pemberi yang turut sama merenung kearahnya. Silih berganti Najiha memandang Hezra dan plastik makanan.
"Tuan Muaz minta aku belikan kau ni. Pelik- pelik ajelah selera kau ni." Omel Hezra dengan mata menggeleng.
Serentak, laju tangan Najiha membuka bungkusan plastik Family Mart. Bersinar- sinar mata dia melihat ada sebekas kimbap bersama onigiri di dalamnya. Ini mesti mak yang beritahu Muaz. Kalau tidak lelaki itu tak akan suruh Hezra membelinya.
"Terima kasih." Ucap Najiha dengan senyuman di bibir walaupun dia dihidangkan dengan wajah merungut Hezra.
Hezra ambil tempat di hadapan Najiha. Dia perhati Najiha yang berselera menikmati makanannya. Sesekali Najiha ada menyuakan kepadanya namun dia geleng tanda tidak mahu. Lagipun Hezra tak makan apa yang Najiha makan. Tekak dia tak berselera tengok makanan korea itu.
Dia tekak melayu. Tak mampu nak telan makanan selain makanan melayu.
"Cuba makan tu kunyah perlahan- lahan. Tak habis kunyah kau dah telan semua." Omel Hezra. Ada saja yang tak puas hati di matanya.
Najiha dongakkan wajah. Mulutnya yang penuh mencebik. Omelan Hezra dibiarkan seperti angin lalu. Dan tiba- tiba...
Uhuk! Uhuk!
Tangan laju mencapai botol minuman. Dek tak tertahan rasa di tekak, botol minuman yang dihulur Hezra diambil lalu diteguk rakus. Terpejam matanya buat seketika cuba menghadam makanan yang masuk ke dalam tekak.
"Lain kali aku tegur tu dengar. Kan Tuhan tu dah bayar cash."
"Ish apa abang ni! Nak tolong buat cara tolong. Bukan perli orang." Najiha jeling tajam. Dia berura- ura bangun nak ke bilik. Dibawa sekali plastik makanan dan botol air. Belum sempat dia melangkah namanya dipanggil lagi.
"Apa lagi?"
"Itu... botol air aku. Kau nak bawa mana?"
Najiha jatuhkan pandangan pada botol air dipegangannya. Baru dia perasan dia teguk air tadi dari botol minuman Hezra. Mulalah hati dia terdetik sesuatu.
"Cantik botol ni. Jiha ambillah. Abang beli botol baru." Tak dan Hezra nak balas gadis itu terus menghilang masuk di dalam biliknya.
Hezra mendengus kasar. Sakit hati dengan Najiha buat barang dia seperti harta sendiri. Menyebalkan sungguh!
"Abang Hez!"
Langkah Hezra terhenti tatkala dia mendengar namanya dipanggil. Tubuhnya dipusingkan menghadap si pemanggil. Sebelah kening terjungkit memandang Najiha yang berjalan menghampirinya.
"Abang nak pergi mana?" Soal Najiha. Kepala menoleh ke belakang Hezra. Tercari- cari Muaz tetapi lelaki itu tiada.
"Pergi markas. Ada latihan."
YOU ARE READING
PILIHAN HATIKU
Roman d'amourPILIHAN HATIKU ©️ 2024 Status: On-going Muhammad Hezra | Najiha Asyikin Kerana patah hati, Najiha buat keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain. Hanya kerana dia mahu membuang satu nama yang pernah singgah di hati. Pada awalnya, perkahwinan merek...