[ E-BOOK ] Didn't your parents always warned you about stranger danger? Tiada suami, tidak berkahwin... Tiba-tiba ada bayi. JACINTA KAYEESA tidak pernah terduga bayi kecil jatuh dalam dakapannya. Sejak peristiwa kematian kakak dan abang iparnya, dia bertanggungjawab untuk menjaga si kecil. Bukan mudah untuk menjadi mama muda yang mengejut. Hidupnya berputar 360 darjah kerana tidak lagi hidup berseorangan. Sungguh berat dugaannya tatkala pada hari yang sama si kecil hadir, seorang lelaki misteri memecah masuk bilik stornya. Bukan dengan keadaan yang baik tetapi dengan keadaan yang cedera teruk. Luka diperut terbuka besar, membuatkan si gadis mahu pengsan. "A-awak penyamun ke?" "No." Ngeri untuk mengingati kejadian malam tadi. Tambahan lagi, saat si kecil melihat lelaki misteri itu maka bermulalah pemanggilan encik penyamun dengan panggilan papa. Tidak keruan jiwanya kerana lelaki itu muncul dan menghilang sesuka hati tanpa nama. Kadang-kadang kemunculan lelaki itu sering membuat darahnya menggelegak. Apa yang dibuat, ada sahaja yang dibantas. Hatinya sedikit berdebar setiap kali mata mereka bertemu kerana lelaki itu sangat baik dengan anak buahnya. "You know what? Saya tak pernah nampak awak dalam kawasan perumahan dekat sini. Bila saya fikir, awak ni siapa? - JACINTA "Kailo." Satu persatu rahsia terbongkar sehinggakan menggugat nyawa orang sekelilingnya. Malah, hatinya terasa dipijak tatkala melihat encik penyamun bermesra dengan ibu lain. Adakah lelaki itu berbaik dengannya sebab kesian? Adakah lelaki itu sudah memiliki sekuntum bunga idaman di taman? "Why are you ignoring me?"- KAILO "Saya cuma jaga the line between us."- JACINTA Dapatkah si gadis membongkar rahsia misteri lelaki itu? Bagaimanakah dengan debaran pelik di dada setiap kali bertemu dengan encik penyamun? © 2023 Raenees. All right reserved. © Hak cipta terpelihara.